Senjata yang telah ditemui..
Hari ini masuk hari ke-24 sejak kira-kira 200 orang yang mendakwa mereka sebagai tentera Kesultanan Sulu menceroboh Sabah di Kampung Tanduo yang terletak kira-kira 120 kilometer dari pekan Lahad Datu dengan tujuan untuk menawan Negeri di Bawah Bayu itu.
Pakaian pengganas sulu yang berjaya dirakam.
Kejadian itu terus membuka mata rakyat Malaysia betapa runcingnya masalah keselamatan di Sabah. Namun bagi penduduk Felda Sahabat mereka telah lama menghadapi masalah yang ditimbulkan oleh pendatang haram dari Sulu.
Kisah peneroka dibunuh semata-mata kerana hendak mencuri motosikal dan penduduk terpaksa membayar wang perlindungan bagi mengelakkan diganggu oleh golongan pendatang itu memang telah sebati dengan kehidupan seharian penduduk di sini.
Mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana bimbangkan keselamatan mereka kerana bagi kaum pendatang itu nyawa seseorang itu cukup rendah nilainya.
Perdana Menteri mengumumkan pewujudan Kawasan Keselamatan Khas melegakan penduduk setempat. Selain kawasan keselamatan lebih ketat, mereka berharap program pemutihan dan penempatan semula kaum Sulu di sini dapat dilakukan.
Beliau juga memberitahu belum menerima maklumat dari saluran rasmi sama ada pengganas berkenaan bersetuju meletakkan senjata tanpa syarat, begitu juga dengan permohonan kerajaan Filipina untuk bertemu dengan suspek yang ditangkap.
Berikutan suasana yang semakin tenang bantuan kemanusiaan mulai masuk ke kawasan ini. Bantuan kain sarung dan selimut disampaikan oleh kerajaan negeri, manakala bantuan dari Kelab Putera 1Malaysia sedang dalam perjalanan dari Tawau. Majlis Keselamatan Negara juga telah menyampaikan bantuan makanan dan keperluan harian penduduk kampung yang dipindahkan dari kawasan pertempuran serta operasi.
No comments:
Post a Comment