Saturday, March 16

@unitmediabaru TUNJUK KEKUATAN DISAAT AKHIR @tunfaisal @razlanrafi


Ellena Zainal menunjukkan aplikasi 'Barisan Nasional (BN) Youth Cyberteam (BNYCT)' pada telefon pintarnya selepas dirasmikan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sempena majlis Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store.

Himpunan ini dihadiri oleh semua pengiat media siber dibawah payung UMB diterajui oleh Tun Faisal Ismail Bin Ab Aziz. UMB mengumpulkan kesemua ahlinya seramai hampir tujuh ratus peserta dari seluruh negara.

Turut hadir ialah penceramah jemputan dari Biro Tatanegara YM Datuk Raja Arif Raja Ali yang memberikan kupasan tentang Gagasan 1Malaysia.

Beliau turut mencabut undi untuk peserta yang bertuah yang mendapat hadiah basikal dan juga motorsikal Naza Motor.

Akhir program semua peserta melaungkan sorakan semangat dipimpin oleh Pengerusi Unit Media Baru Tun Faisal Ismail Bin Ab Aziz.


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive