Wednesday, March 27

ANUWAR MENGAMUK BILA DITANYA VIDEO AKSI TERLAMPAU IZZAH.......


Seperti biasa wartawan menjadi mangsa jika tidak memihak kepada Ketua Pembangkang akan dicemuh dan dituduh menyokong UMNO. Taktik propa yang biasa kita dengar. Dahulu mereka jugak yang mempertikaikan kebebasan media akan tetapi bila dah kena dengan batang hidung sendiri pandai pulak kona baring. Memang dasar hampeh punya Pak Sheik nie 

KOrang tengok sendiri kebabasan media oleh PKR nie...
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur wartawan Antarapos yang mengajukan persoalan mengenai video seks yang dikaitkan kepada beliau. 
Soalan itu bertumpu kepada kenyataan Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution yang mendakwa Umno akan mendalangi video seks fitnah membabitkan pemimpin selain Anwar, termasuk Nurul Izzah.

Ditanya mengenai kenyataan Saifuddin itu, Anwar menuduh Antarapos sebagai alat Umno. 
"Saya nasihatkan UMNO waktu Maghrib, awak solat dan ambil wudhuk, malu kita kepada umat Islam, kalau masyarakat Islam khususnya UMNO dan Antarapos dan mari kita solat maghrib dan mohon keampunan daripada Allah SWT," kata Anwar kepada AntaraPos. 
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) di ibu pejabat PKR. 
Akhbar Utusan Malaysia dan TV3 yang sebelum ini sering dicemuh oleh Anwar dilarang sama sekali daripada membuat liputan sidang akhbar itu. 
Pagi tadi Saifuddin menyamakan pimpinan PKR kepada Nabi Yusuf, Mariam dan Aisyah yang difitnah dengan fitnah seks. Anwar adalah Ketua Umum PKR.

“Kita mendapat maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai bahawa beberapa video palsu seks beberapa orang pemimpin lain PKR akan diterbitkan,” kata Saifuddin.
SETERUSNYA KLIK 


1 comment:

Unknown said...

salam perjuangan bro,,
harap pautkan blog sy d ruangan bro,,

http://perakkayangan.blogspot.com/

sy telah pautkan blog bro d ruangan sy.. tq

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive