Ketika Pakatan Rakyat lantang mengumumkan mahu menghapuskan tol di beberapa lebuh raya dalam negara, kerajaan DAP Pulau Pinang pula sedang merangka untuk mengenakan bayaran tol kepada pengguna terowong dasar laut yang bakal dibinanya.
Tindakan DAP mengenakan tol kepada pengguna itu seolah-olah seperti mempersendakan manifesto mereka sendiri. Jika benar pembangkang mahu memansuhkan tol di seluruh negara, mengapa tidak dimulakan di negeri itu melalui projek yang mereka sendiri lancarkan.
Selepas lima tahun mentadbir negeri ini, Tol Sungai Nyior sendiri masih tidak dimansuhkan, kini tampil pula terowong bertol. Jelas mereka sendiri membelakangkan manifesto yang selama ini dilaung-laungkan kepada rakyat.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini mengumumkan pembinaan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion bagi menghubungkan Gurney Drive di pulau dengan Bagan Ajam sebelah tanah besar bertujuan mengurangkan kesesakan serta berpeluang menambah pendapatan negeri itu.
Projek mega yang dirancang kerajaan negeri Pulau Pinang yang akan merangkumi empat buah projek yang dijangka bermula pada pertengahan 2015.
Projek itu adalah i) Terowong bawah tanah Butterworth – Georgetown, sepanjang 6.5 kilometer, ii) Jalanraya Gurney Drive – Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, sepanjang 4.2 kilometer, iii) Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu – Bandar Baru Air Itam, sepanjang 4.6 kilometer, dan iv) Jalan Berkembar Jalan Tanjung Bungah – Teluk Bahang sepanjang 12 kilometer.
No comments:
Post a Comment