Saturday, March 9

KENAPA AWEK SULU NIE MENANGIS #LahadDatu #OpsBunga



Berhubung isu pencerobohan di Sabah oleh pengganas-pengganas yang mengaku berasal daripada keturunan Kesultanan Sulu, sebuah acara khas telah dianjurkan oleh Joe Lee, seorang pencinta keamanan di hadapan Pejabat Kedutaan Filipina di Jalan Changkat, Kuala Lumpur, lewat tengahari tadi.

Acara khas ini dianjurkan demi menyatakan Malaysia adalah sebuah negara yang aman kepada semua rakyat Filipina dan kaum Sulu yang menetap di negara ini. Ia juga untuk menghargai perjuangan perajurit-perajurit negara yang telah terkorban dan masih berjuang mempertahankan kedaulatan negara selain memberikan mesej bahawa rakyat Malaysia ingin konflik ini diselesaikan secara aman.

Disamping itu, ia juga memberi mesej bahawa rakyat Malaysia berterima kasih kepada pemimpin Filipina terutamanya Presiden Aquino Benigno yang turut menyelar tindakan pencerobohan itu.

Semalam, acara khas yang dihadiri lebih kurang 100 orang daripada orang kebanyakan, rakan media dan juga ahli-ahli Persatuan Sulu Bersatu Sabah (PSBS) telah bersama-sama meletakkan bunga di hadapan pagar kedutaan tersebut.


Remy Ishak dilihat sebagai satu-satunya golongan selebriti yang hadir bagi menunjukkan sokongan terhadap #OpsBunga. Hadir seorang diri lengkap bersongkok dan berbaju melayu, ia secara tak langsung dilihat sebagai simbolik memberikan sokongan kepada adiknya yang bertugas sebagai anggota tentera di kawasan pencerobohan.-OhBulan.com



No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive