Monday, March 11

TERKINI : #LahadDatu HAMPIR DIPENGGAL KEPALA LUAHAN PENDUDUK...... MAYAT PENGGANAS DIDEDAHKAN PADA MEDIA...... #Pray4Sabah


Ajmain Mahmod merupakan salah seorang penduduk yang diculik pengganas di Kampung Tanjung Batu menceritakan bagaimana dia nyaris dipenggal kepala dengan parang Bagong.


Dua mayat pengganas yang ditembak di Semporna dalam insiden di Kg. Simunul baru-baru ini ditunjukkan kepada media di rumah mayat Hospital Tawau.

Satu daripada 18 mayat penceroboh militan yang dihantar ke Hospital Lahad Datu malam tadi, dipercayai ketua kumpulan itu berpangkat jeneral yang dikenali sebagai Komander Musa.


Kakitangan unit forensik Hospital Tawau menunjukkan dua dari empat mayat pengganas yang dibunuh di Kg. Simunul, Semporna yang kini masih disimpan di bilik mayat hospital berkenaan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan kononnya pasukan keselamatan negara menjalankan operasi memburu dan membunuh warga negara Filipina yang berada di Sabah.

Beliau menegaskan tuduhan yang disebarkan oleh media Filipina itu adalah palsu dan sengaja dibuat bagi mengeruhkan hubungan antara Kuala Lumpur dan Manila.

Tegas Ahmad Zahid dakwaan kononnya pasukan keselamatan negara melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas warga Filipina termasuk rakyat berketurunan Sulu merupakan satu tuduhan melulu.

"Saya telah mendapatkan maklumat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa tidak ada tindakan penembakan dengan tujuan untuk membunuh rakyat Filipina yang berada di tempat tempat yang dikatakan itu.

“Apa yang berlaku ialah dari segi pembersihan daripada unsur-unsur tali barut bagi penceroboh-penceroboh militan berkenaan," kata Zahid.

Jelas beliau sejak Operasi Daulat dilancarkan seminggu lalu, operasi pasukan keselamatan hanya tertumpu di Kampung Tanduo, Tanjung Batu dan Tanjung Labian.

Malah polis juga telah memaklumkan bahawa aktiviti masyarakat di Pekan Lahad Datu dan Semporna sudah kembali normal.

Beliau mengulas laporan berita Filipina yang mendakwa rakyat negara itu yang tinggal di Sandakan, Kunak dan Tawau kini menjadi pelarian selepas mereka diburu dan dibunuh pasukan keselamatan.



No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive