Thursday, May 12

ADAKAH AHLI UMNO BERSEDIA MENERIMA CABARAN INI?


Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan menguji kesetiaan anggota Umno terhadap perjuangan parti apabila tiba masanya.
Walaupun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut, Perdana Menteri memberi bayangan bahawa ujian itu secara langsung mengaitkan pemilihan calon pada pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.
“Apakah kita sudah cukup setia kepada Umno? Apakah tak jadi calon kita akan setia kepada Umno? Betul? Setia? Betul serah mandat pada pucuk pimpinan? Terima kasih. Saya akan uji bila sampai masa nanti.
“Jangan nanti ada yang merajuk, tidak mahu kerja dan pergi ke luar negara kalau tidak terpilih menjadi calon pilihan raya,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun Umno ke-65 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.
Persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh Najib, mendapat respon daripada kira-kira 3,000 hadirin yang hadir memenuhi Dewan Merdeka yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin Umno dari seluruh negara.
Turut sama pada majlis malam ini, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, naib-naib presiden serta ketua-ketua sayap parti.
Dalam pada itu, Najib turut mengajak semua anggota dan pemimpin Umno melafazkan ikrar supaya terus sama-sama mendampingi rakyat dan berkhidmat
bersungguh-sungguh serta prihatin kepada keperluan dan suara rakyat di peringkat akar umbi.
Sambil mengajak hadirin mengimbas kembali sejarah penubuhan Umno 65 tahun lepas, Najib mengingatkan anggota dan pemimpin supaya menghindari sikap
berpuak-puak atau politik ‘factionalisme’ untuk memastikan Umno terus menjadi parti yang kuat dalam negara.
“Kalau Umno bersatu, apatah lagi kalau orang Melayu pegang, Umnolah parti keramat untuk orang Melayu, Umno itu Melayu…Melayu itu Umno, kita merupakan
parti yang kuat dalam negara ini.
“Kita tidak mahu Umno senasib parti-parti lain. Parti yang telah banyak berjasa tapi telah terkubur, yang telah berbudi tapi mengalami kekalahan. Umno
belum mengalami nasib sebegitu dan janganlah kita menghadapi nasib yang sama.
Najib berkata Umno juga sudah mempunyai cukup kekuatan untuk terus menjayakan dan memantapkan agenda transformasi negara di samping telah mempunyai
jenama tersendiri yang masih di pandang tinggi oleh rakyat jelata.
Pada majlis itu, Najib turut menaikkan bendera ‘Sang Saka Bangsa’ serta memotong pulut kuning.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive