Wednesday, May 25

TPM: DAP paling cauvinis


Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan orang Melayu supaya tidak terpedaya dengan helah DAP yang didakwa bercadang meletakkan calon-calonnya di kalangan orang Melayu pada pilihan raya umum akan datang.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, tindakan DAP itu hanya untuk mengabui orang Melayu kerana hakikat sebenarnya ia adalah sebuah parti cauvinis yang tidak pernah memperjuangkan nasib orang Melayu.
“Saya hendak ingatkan orang Melayu, inilah parti (DAP) yang paling cauvinis. Dia berkata dia berjuang untuk Malaysian Malaysia tetapi sejarah perjuangan DAP dari dulu hingga sekarang saya tahu terlalu cauvinistik,” katanya.
Muhyiddin mengulas kenyataan Menteri Pertahanan dan Naib Presiden UMNO, DatukSeri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini yang mengatakan DAP berhasrat untuk meletakkan calon Melayu pada pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Perdana Menteri berkata, cadangan oleh DAP itu hanya merupakan satu taktik untuk menarik sokongan orang Melayu walaupun parti itu tidak pernah meletakkan calon Melayu sebelum ini.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive