Monday, May 23

AHLI PARLIMEN DAP:"MAD MAN" BAYAR RM 150 RIBU.


GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Jelutong daripada DAP, Jeff Ooi Chuan Aun, membayar RM150,000 kepada bekas Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd Razali Abdullah, dalam satu saman fitnah.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam bela Jagdeep Singh Deo, yang mewakili Ooi dan peguam Abdul Fareed Abdul Gafoor mewakili Mohd Razali yang tidak dapat hadir kerana berada di Mesir kerana urusan rasmi sebagai ahli lembaga pengarah Pusat Urus Zakat (PUZ).

Vazeer Alam menetapkan ganti rugi am sebanyak RM100,000 dan ganti rugi keterlaluan sebanyak RM50,000, dengan faedah lapan peratus mulai hari ini sehingga tarikh pembayaran.
Mahkamah turut mengeluarkan perintah menghalang Ooi daripada terus mengeluarkan kenyataan yang keterlaluan terhadap Mohd Razali.

Dalam penghakimannya, Vazeer Alam berkata pembelaan Ooi bahawa kenyataannya itu bersifat ulasan yang adil tidak dapat diterima kerana antara perkataan yang digunakan oleh beliau "mad man" (orang gila) selain mendakwa Mohd Razali sebagai seorang ekstremis Islam.

Vazeer Alam berkata, walaupun Ooi tidak mengaku perkataan "mad man" itu digunakannya semasa satu sidang akhbar tahun lalu, dua saksi bebas memberi keterangan di mahkamah bahawa Ooi menggunakan perkataan itu.



READ MORE

MKP:Lan kali JEFF OII Buat lagi,,,,,,,padan muka.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive