Wednesday, May 11


Mak Lampir PKR Selangor meroyan dan hilang akai dah dek penahan asmara video anugerah tuhan, Zuraida Kamaruddin mewakili seluruh pimpinan Keadilan Selangor mendedahkan bahawa pihaknya telah berjaya mengesan bahawa seramai 2,000 orang warga asing didakwa telah disenaraikan oleh Umno Bahagian Hulu Selangor untuk tujuan proses pertukaran status kerakyatan, dengan mendapat bantuan penuh dari pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).BACA SETERUSNYA DISINI
Ternyata mak lampir akan lebih meroyan jawapan yang diterima dari Umno Bahagian Hulu Selangor tidak memerlukan warga asing untuk memangkah Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang yakin mampu mengekalkan penguasaan parti berkenaan di kawasan itu.
Sehubungan itu, Ketua Umno bahagian berkenaan, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar menyifatkan dakwaan bahawa beliau menulis dan menandatangani sepucuk surat bagi mendapatkan kerakyatan Malaysia untuk kira-kira 2,000 warga Indonesia bagi membolehkan mereka mengundi BN sebagai fitnah jahat pembangkang kerana bimbang dengan kebangkitan BN di Selangor.
“Kita tidak perlu buat begitu. Kita yakin BN dan Umno akan berjaya pertahankan kemenangan kita di Hulu Selangor.
“Ini satu fitnah. Dakwaan itu juga tidak benar. Saya tidak pernah terfikir untuk membawa masuk warga asing untuk jadi pengundi di Hulu Selangor.
“Surat itu juga palsu kerana itu bukan tanda tangan saya. Ejaan nama saya yang tertera dalam surat itu juga tidak betul,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang mendakwa Umno bahagian itu menyalahgunakan kuasa kerajaan.
Surat itu didakwa sebagai percubaan Umno Hulu Selangor mendapatkan kerakyatan Malaysia untuk kira-kira 2,000 penghuni tetap di Hulu Selangor yang majoritinya warga Indonesia bagi membolehkan mereka mengundi BN pada pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin pada sidang medianya semalam menunjukkan kepada wartawan surat yang didakwa bukti Umno menyalahgunakan proses kerajaan.
Surat bertarikh 23 Mac didakwa ditandatangani oleh Mohamed Idris itu dialamatkan kepada Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Mengulas lanjut, Mohamed Idris berkata Umno Hulu Selangor tidak perlu berbuat demikian kerana semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Hulu Bernam, Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali) di Hulu Selangor adalah milik BN.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive