Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Saudara Nizam Hashim perkara ini perlu disiasat segera kesahihannya oleh Pihak Polis walaupun ia dinafikan oleh Jeff Ooi.
“Jika dakwaan ini benar, kita mengecam sekeras-kerasnya tindakan DAP dan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba mengancam Keselamatan dan Kestabilan negara dengan mempelopori usaha untuk memusnahkan asas perlembagaan negara.
Walaupun kita hidup dalam negara yang berbilang agama, Islam adalah agama Persekutuan dan majoriti Penduduk Malaysia adalah beragama Islam. Ini tidak boleh disangkal dan semua rakyat Malaysia mesti menerima hakikat bahawa Malaysia masih sebuah negara yang majoriti rakyatnya adalah Melayu yang beragama Islam,”
Tambahnya, Islam adalah agama Persekutuan, ini tidak boleh disangkal dan dipersoal oleh sesiapapun. Apa-apa cubaan untuk menukar agama rasmi persekutuan adalah satu ancaman kepada keselamatan negara.
“Kumpulan yang masih mempersoalkan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan harus sedar bahawa tindakan mereka mengakibatkan rakyat terdedah dengan suasana yang tidak selamat dan menganggu-gugat keselamatan Negara. Dan ini tidak boleh diterima sama sekali.
Sehubungan dengan itu, kita minta pihak PDRM menahan sesiapa juga yang cuba membakar api perkauman di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri tanpa mengira sama ada mereka Islam, Kristian, Budha atau Hindu,” ujarnya lagi.
No comments:
Post a Comment