Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali menyifatkan Lim Guan Eng “samseng pengecut” apabila mengajak semua komponen Barisan Nasional (BN) bukan Umno menentang ketuanya Datuk Ibrahim Ali.
Tegas Syed Hassan, Perkasa tidak gentar untuk menyahut Lim yang juga Setiausaha Agung DAP.
“Seruan Guan Eng jelas sekali satu budaya seperti samseng pengecut yang mengajak kawan-kawan menentang hanya seorang dan samseng yang pengecut memang begitu, bila berlawan ajak kawan.
“Pengecut macam ini umpama komunis yang bersembunyi di hutan atau bersembunyi di sebalik masyarakat dan menyamar seperti orang biasa atau ahli NGO atau bersama parti-parti politik tertentu,” katanya.
Semalam, Lim mengajak semua parti komponen BN untuk menentang Ibrahim selepas kerajaan gagal mengambil sebarang tindakan terhadap ahli Parlimen Pasir Mas itu, yang mengatakan kesediaan melancarkan “perang jihad” jika komuniti Kristian meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.
Beberapa pemimpin BN dan Pakatan Rakyat membantah tegas terhadap kenyataan tersebut dan meminta agar tindakan dikenakan terhadap Ibrahim.
Selain itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula berkata, apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu.
Jelas Syed Hassan, kenyataan terbuka Lim itu akan menimbulkan kemarahan ahli Perkasa dan orang Melayu yang menyokong perjuangan mempertahankan kedudukan kaum itu.
“Dan, lebih bahanya si pengecut yang bertopeng dengan menganut agama tertentu padahal tiada satu agama pun dia percayai, lihatlah betapa bahayanya kenyataan berani oleh Guan Eng terhadap pemimpin Melayu yang sudah tentu mengundang kemarahan ahli-ahli yang bersama Ibrahim Ali serta orang Melayu yang menyokong perjuangan Perkasa.
“Perlu diingatkan kenyataan Ibrahim Ali untuk berjihad adalah bila mana beliau melihat tanda-tanda penganut agama lain sudah berani mencabar Islam, kenyataan itu adalah satu amaran sekiranya penganut agama lain meneruskan agenda mereka.
“Kalau tidak diteruskan apa perlu Ibrahim Ali meneruskan niat untuk berjihad? Mengapa perlu menyerang lagi dengan kenyataan yang mengajak semua orang menentang Ibrahim Ali seorang?” katanya.
Tegas beliau, kenyataan Lim itu secara terang-terangan dilihat mahu menguji kesabaran pihaknya.
“Kenyataan Guan Eng itu nampaknya mahu memulakan sesuatu yang boleh mendatangkan kemarahan orang Melayu, DAP secara terang-terangan menguji kesabaran kami... kami tidak gentar dan jangan salahkan kami kalau kami sekali lagi mengatakan kami sanggup berjihad jika kedudukan Islam dicabar.
“Jangan menentang Ibrahim Ali dengan cara provokasi dengan mengusik kemuliaan Islam,” katanya.
Justeru beliau percaya, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang cuba untuk mencetuskan polemik baru dengan kenyataan itu.
1 comment:
bro dia saja nak tarik kita ke perangkap bintang 3 jer, niat sudah nampak, jangan la termakan. Harap dapat kongsi link
http://malaysianepic.blogspot.com/
Post a Comment