Friday, May 6

Sahut Cabaran Perdana Menteri DiSemua Negeri Pembangkang



Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor percaya jika jentera UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain bersatu dan bekerja dengan kuat bukan saja Selangor mampu ditawan malah negeri-negeri lain yang dikuasai pari pembangkang seperti, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang juga mampu dirampas semula.

Justeru tegas beliau cabaran yang dilemparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada UMNO Selangor pada majlis ‘Malam Pemimpin Bersama Rakyat – Rakyat Didahulukan’ di Shah Alam, malam semalam perlu disahut semua jentera UMNO dan BN setiap negeri.


“Kita minta ahli-ahli UMNO di semua peringkat untuk bangkit memastikan negeri-negeri yang bukan di bawah pentadbiran kerajaan BN dirampas semula dan kita juga sedar negeri-negeri yang ditadbir pembangkang ini, rakyat sudah mulai bosan dengan karenah pakatan pembangkang.

“Kita berkeyakinan jika kita mendekati diri dengan rakyat, untuk menyelesaikan masalah-masalah rakyat di negeri-negeri yang bukan di bawah BN, jika mereka bekerja kuat pasti kita dapat merampas semula Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Forum Persidangan Antarabangsa Parti-Parti Politik Asia (ICAPP) di sini, hari ini.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN seterusnya berkeyakinan bahawa rakyat sudah bosan terhadap janji-janji yang dimainkan dan tidak ditunaikan oleh pembangkang.

“Mereka hanya berjanji kepada rakyat bila nak kuasa. Bila dah dapat kuasa, janji pun mereka lupa, mereka lupa janji-janji yang pernah mereka sebut. Rakyat sudah sedar bahawa kerajaan BN sahajalah yang akan melaksanakan apa yang dikata, akan dikota. Kalau ada janji yang lewat sikit dilaksanakan, namun ia akan tetap menjadi keutamaan dan dilaksana.

“Jika semuanya bekerja kuat, saya yakin kita akan berjaya bukan sahaja di Selangor malah di Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

“Mereka harus menumpukan kepada kawasan-kawasan tumpuan yang telah kita berikan kepada mereka agar mereka lebih bekerja kuat dan dalam masa yang sama merapatkan diri dengan rakyat supaya kawasan-kawasan yang kita kalah dalam pilihanraya umum lalu dapat kembali bersama BN,” ujarnya

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive