Kerajaan akan menetapkan harga baru RON95 selewat-lewatnya awal bulan depan selepas kajian terperinci harga minyak dunia dilakukan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedang meneliti semula harga pasaran minyak mentah dunia sebelum penyelarasan harga diputuskan bagi mengelak tanggungan subsidi yang lebih tinggi.
"Sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia masih kekal melebihi AS$100 setong (RM301), pemberian subsidi minyak akan meningkat kepada RM10 bilion berbanding hanya RM8 bilion pada tahun lalu," katanya.
MKP berharap pihak berkenaan pertimbangkan dahulu niat untuk menaikan harga minyak..
No comments:
Post a Comment