Tuesday, May 3

OMEGAFOBIA:5RIBU AHLI PAS MASUK UMNO



Pas pasti menyesal kerana berkerjasama dengan Anugerah tuhan yang didendangkan oleh kak jijah tertipu.omegophobia telah melanda kebanyakkan ahli PAS setelah melihat sendiri penyundalan Anuar Ibrahim.rasanya solat hajat yang dianjurkan oleh PAS telah membuahkan hasil.nak kata apa lagi Padan muka pemimpin PAS yang masih lagi belum sedaq.  


KUALA KEDAH - Seramai 225 ahli Pas Kawasan Kuala Kedah menyertai UMNO Bahagian itu semalam di Kuala Sungai di sini menjadikan jumlah keseluruhan ahli Pas menyertai UMNO Bahagian Kuala Kedah lebih 500 orang sepanjang tahun ini. 

Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah berkata, sebelum ini lebih 300 ahli Pas Cawangan Alor Gunung turut menyerahkan borang keahlian menyertai UMNO Kuala Kedah setelah kecewa dengan sikap lepas tangan Kerajaan Negeri dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir sewaktu kejadian banjir terburuk di Kedah, November tahun lalu. 

Menurutnya, lebih ramai ahli Pas Kawasan Kuala Kedah sudah menyatakan persetujuan untuk menyertai UMNO Bahagian itu dalam masa terdekat dan beliau melihat perkembangan itu positif ke arah menghadapi pilihan raya umum yang dijangka diadakan tidak lama lagi. 

“Saya gembira dengan perkembangan ini dan ianya membuktikan usaha tidak mengenal penat lelah UMNO bekerja keras mendekati rakyat terutama sewaktu kejadian banjir besar tempoh hari akhirnya berbalas. 

“Saya difahamkan lebih ramai ahli Pas kawasan Kuala Kedah yang akan menyertai kami dalam masa terdekat dan menegaskan pintu UMNO sentiasa terbuka luas buat ahli Pas,” katanya sewaktu ditemui media selepas majlis penyerahan borang keahlian UMNO oleh kira-kira 225 ahli Pas Kawasan Kuala Kedah di sini semalam. 

Sementara itu, bekas Ketua Pas Cawangan Lahab Buluh, Ahmad Marzuki, 60, menegaskan keputusannya menyertai UMNO setelah kecewa dengan janji-janji yang dibuat pemimpin Pas yang kononnya akan memberi peruntukan khas untuk membantu mangsa banjir besar di Kuala Kedah pada November lalu. 

“Perjuangan Pas sekarang tidak selari dengan perjuangan Pas terdahulu yang mengutamakan penyebaran syiar Islam di samping memastikan kebajikan ahli sentiasa terjaga. 

“Baru-baru ini, terdapat 150 rumah rosak teruk akibat dipukul ribut dan Yang Dipertua (YDP) Pas kawasan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berjanji untuk memberikan bantuan kepada mangsa. Bagaimanapun, sehingga kini tiada apa pun yang kami terima melainkan bantuan daripada UMNO Kuala Kedah yang sentiasa prihatin nasib rakyat,” katanya. 

Bagi bekas ahli Pas Cawangan Kuala Sungai, Muhamad Awang Salleh, 64, pemimpin Pas jelas hanya pandai bersandiwara dan menabur janji, tetapi tidak menunaikannya apabila sudah memegang kuasa pentadbiran negeri Kedah. 

“Selama 30 tahun saya menjadi ahli Pas, pemimpin Pas sering berjanji akan membantu rakyat miskin dengan menyediakan rumah rakyat dan sebagainya sekiranya mengambil alih Kerajaan Negeri. 

“Hari ini, mereka sudah mengambil alih Kerajaan Negeri tetapi saya masih belum melihat sebuah rumah rakyat dibina untuk golongan miskin. Bantuan mangsa banjir yang dijanjikan juga tidak sampai-sampai sehingga kini,” katanya. 

Bekas ahli Muslimat Pas Cawangan Kuala Sungai, Rahaiza Abdul Rahim, 31, berkata, sudah tiba masanya ahli Pas buka mata dan menyedari perjuangan parti yang dimomokkan pemimpin Pas selama ini hanyalah berlandaskan kepentingan peribadi.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive