Friday, May 20

Pok Nik nak bina stadium 40,000 orang, jambatan dah 10 tahun tak siap-siap..!!!





Kerajaan PAS Kelantan akan membina sebuah stadium yang mampu memuatkan 40,000 orang, di samping ruang solat. Baguslah. Saya ucapkan tahniah kepada rakyat Kelantan kerana bakal mendapat stadium baru nanti.

Tapi bila stadium itu akan dibina? Apakah lagi 10 tahun? Lagi berapa tahun akan di bina? Selepas PRU13? Stadium tu bakal dibina sekiranya Kelantan berjaya dipertahankan oleh PAS lah, maksudnya? Kalau PAS Kelantan kalah, maka tak jadilah buat stadium?


"Batu asas" jambatan kedua Kelantan yang bakal jadi "batu nesan" Pok Nik...

Jangan pula pengumuman ini akan menjadi seperti pengumuman nak buat "jambatan kedua Kelantan" yang menghubungkan antara Kampung Cina dan Palekbang, di Tumpat. Projek tu diumumkan 10 tahun yang lalu, tapi sampai sekarang satu haram pun tak buat!

Yang ada kat situ hanyalah "batu asas" yang dirasmikan oleh Pok Nik 10, tahun dulu. Sewajarnya, "baru asas" itu disimpan baik-baik untuk dijadikan "batu nesan" untuk Pok Nik nanti. Masa majlis pecah tanah dulu, gebangnya riuh rendah canang satu Kelate, tapi 10 tahun berlalu, bayang jambatan pun tak nampak.

Atau saya tersilap dengar? Masa tu, betul ke Pok Nik pecah tanah nak bina jambatan? Jambatan ke "jamban"? "Jamban" kot? Kalau projek nak buat "jamban" tu mungkin la. Banyak dah jamban yang kotor dan tak terjaga di Kota Bharu tu, maklumlahhh.."bandaraya paling bersih dalam dunia"...!!!

Seperkara lagi, tak payah la nak pancing umat Islam dengan mengatakan bahawa stadium yang bakal dibina tu ada surau atau musolla untuk solat berjemaah. Stadium-stadium yang dibina oleh Kerajaan BN pun ada musolla dikelilingnya. BN dah lama dah buat, cuma korang je yang tak nak pergi solat kat situ sebelum game bola bermula...!!!

Cuba pergi tengok Stadium Darulaman. Musollanya luas dan boleh berjemaah, tapi puak-puak yang bawa bendera PAS yang kemudiannya ditukar menjadi "bendera hijau kuning" lebih gemar melepak makan kacang sambil berborak kosong kat dalam stadium. Tu la puak-puak Dewan Pemuda PAS yang kononnya "Islamik"! Padahal, tong kosong!

Justeru itu, kita tunggu bila Kerajaan PAS Kelantan nak bina stadium tu. Apakah lagi 10 tahun? 20 tahun? 30 tahun? Apakah Nik Aziz sempat melihat stadium itu dibina? Atau Nik Aziz tak sempat menatap stadium itu sebelum menutup mata? Kita tunggu dan lihat..!!!

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive