Monday, May 16

Azwan Ali 'Amek Port' Kes Liwat Anwar Ibrahim


Walaupun Kak Pornah dah tak cover court case lagi, tapi Kak Pornah nak jugak sentuh isu mahkamah untuk entri kali ni. Rasanya dah ramai yang sedia maklum bahawa Mahkamah Jalan Duta pagi tadi kecoh dengan penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang datang kira-kira tiga buah bas bagi mendengar keputusan kes liwat beliau dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan! (Hambek ko! Kalah rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel!)

Dan seperti yang korang sedia maklum jugak, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Md Diah hari ini memutuskan untuk DSAI membela diri bagi pertuduhan kes fitnah yang dihadapinya kerana berpendapat wujud kes prima facie.


Yang menarik perhatian Kak Pornah, bukanlah keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah. Sebaliknya ada sesuatu yang Kak Pornah berminat nak kongsikan dengan korang semua.


Jangan tak tahu u olls, penulis buku Selamat Jalan Dunia Pondan, Azwan Ali turut mengikuti kes liwat DSAI ni rupanya. Kak Pornah secara tak sengaja telah menskodeng twitter "No 1 diva laser the most berani mati" ni tadi. Tup tup terjumpalah beberapa keratan Twitter yang merujuk kepada kes liwat DSAI antara Azwan dan teman-temannya di laman sosial tersebut.


Sekali baca Kak Pornah pun tak faham apa yang si Azwan ni maksudkan. Tapi bila dibelek-belek dan dibaca berulang kali, maka jelaslah bahawa beliau ni penyokong Anwar Ibrahim rupanya!(cuma mungkin tak sefanatik abang kandungnya, Azmin Ali!)


Korang bacalah sendiri kat bawah ni:







Keratan ni masa mula-mula mahkamah putuskan bahawa DSAI perlu bela diri kerana wujud prima facie dalam kes beliau. Kak Pornah rasa, bukan Azwan je yang dapat agak dan jangka keputusan ni, sebaliknya orang luar pun sama kan?



Keratan yang ni plak mungkin atau sebetulnya merujuk kepada individu tertentu yang Kak Pornah rasa tak perlulah dijelaskan siapa. (Kalau korang follow politik Malaysia ni, korang mesti sedia maklum!)


Ha, yang ni plak keratan twitter yang dihantar oleh teman sosial Azwan. Betul juga cakap si polan ni. Bukan apa, berita terbaru yang Kak Pornah terima dari rakan yang sedang cover kes Anwar di mahkamah, Anwar sendiri mengeluarkan kenyataan untuk memanggil Perdana Menteri dan isteri ke mahkamah sebagai saksi! Huhuhu.....seremm sungguh dibuatnya!


Kak Pornah tak sokong atau menyebelahi sesiapa...diam tak semestinya setuju, bersuara tak semestinya membantah!

1 comment:

siti hajar said...

aawww.. mak dah serah bontot nyah... nak buat mcm mana... terpaksa la bela laki mak tu... kesian dia nyah...

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive