Friday, May 27

CINTA SAYANGKU HILANG,OSTAZ AZIZAN IKUT BEWAK LGE.


Kenangan semasa Pilihanraya Kecil Bukit Selambau yang mencipta sejarah sebanyak 15 calon bertanding bagi merebut kerusi tersebut.Inilah tempat MKP makan dan segala aktiviti perjumpaan bermula Kedai Nasi Lemak Cinta Sayang.Dan cinta gelapku yang dicipta bersama seseorang juga bermula jugak disini dan ianya kekal hingga kehari ini,Apa daya semua kenangan terindah itu akan menjadi sejarah suka-duka kehidupan.Berikutan kerakusan kerajaan PAS kedah merobohkan kedai tersebut.Sedih dan terharu akan nasib peniaga......


Sebanyak 13 peniaga di tepi Jalan Kelab Cinta Sayang di sini kesal dengan tindakan kerajaan negeri Kedah dan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) merobohkan gerai mereka tanpa sebarang notis pemberitahuan hari Khamis.

Seorang daripada peniaga berkenaan, Anita Suriati Aziz, 34, mendakwa tindakan itu telah menyebabkannya kerugian kira-kira RM30,000.




"MPSPK meroboh kesemua gerai di sini termasuk gerai saya pada hari ini. Ia berlaku dengan sekelip mata tanpa sebarang persediaan kerana pihak MPSPK tidak beri apa-apa notis kepada kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabat MPSPK.

Anita yang berniaga roti canai selama 12 tahun di situ, berkata MPSPK tidak menyatakan sebarang alasan yang kukuh berkenaan tindakan merobohkan semua gerai yang sudah sekian lama bertapak di situ.




"Bayangkan pada waktu itu pelanggan sedang ramai dan kami tidak diberi peluang langsung untuk berunding. Jawapan yang pihak MPSPK bagi adalah kerja-kerja meroboh ini adalah arahan daripada pejabat Menteri Besar," katanya.

Peniaga surat khabar Ramlan Abdul Rahman,41, berkata tindakan MPSPK itu telah menyebabkannya hilang punca pendapatan kerana selama ini gerai yang dirobohkan itu tempatnya berniaga bagi mencari sesuap nasi.



"Pendapatan saya sekarang ialah cuma berniaga sahaja untuk membela lima orang anak dengan duit yang saya perolehi sebanyak RM20 hingga RM30 sehari ini.. dan sekarang saya buntu macam mana saya hendak menyara keluarga selepas ini," katanya.

READ MORE

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive