Thursday, May 12

LELAKI Y YANG DIBANGGA OLEH PAKATAN RAKYAT.


PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak didakwa mirip lelaki di dalam rakaman video seks hingga kini tidak lekang daripada penggunaan perkataan yang keterlaluan dan terkeluar daripada norma-norma sikap seorang pemimpin.

Mungkin Anwar semakin tertekan dengan pelbagai isu yang melumurinya, namun memaki hamun pemimpin negara dengan panggilan yang tidak senonoh bukanlah penyelesaian.

Adalah malang, seorang yang begitu bercita-cita menjadi Perdana Menteri sanggup mengeluarkan cacian seumpama itu tanpa memikirkan kesan kepada rakyat yang mendengarnya.

Lebih mendukacitakan Anwar memaki hamun pemimpin yang sebangsa dan seagama dengannya di hadapan kaum-kaum lain.

Anwar juga mungkin sudah tersepit dan semakin rimas dengan sokongan yang diterima oleh kepimpinan Najib justeru beliau hanya mahu melepaskan geram dengan perkataan-perkataan kotor seumpama itu.

Dalam keadaan populariti pembangkang yang semakin merudum, Anwar berusaha mencari apa juga cara bagi membangkitkan kebencian rakyat kepada kepimpinan negara.

Kekalahan demi kekalahan yang diterima oleh pakatan pembangkang dalam pilihan raya kecil dan kegagalan mereka menawan Sarawak baru-baru ini meranapkan impian kerakusan beliau untuk berkuasa.

Justeru Anwar menggunakan taktik menjijikkan dengan memaki hamun Najib, Barisan Nasional (BN) dan UMNO. Harapan beliau melalui cara sedemikian rakyat akan membenci Perdana Menteri dan kerajaan BN.

Tetapi Anwar terlupa bahawa rakyat tidaklah sebodoh yang beliau sangkakan. Mereka sudah bijak menilai siapa yang mampu membela nasib mereka dan siapa pula yang hanya 'gila kuasa'.

Tindakan terbaru Anwar ini jelas menunjukkan bahawa beliau terpaksa menggunakan apa juga pendekatan dan cara bagi melepaskan diri terhadap masalah moral yang dihadapinya.

Berdepan dengan perbicaraan di mahkamah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya dan kini menghadapi pula dakwaan terbabit dalam rakaman video seks, semua itu memberikan tekanan yang luar biasa kepada Anwar.

Apatah lagi dari semasa ke semasa segala bukti yang terdedah satu pun tidak menyebelahi beliau. Keadaan itu membimbangkan Anwar dan secara diam memberikan pemahaman kepadanya bahawa cita-cita menerajui pembangkang bagi menawan Putrajaya semakin tergugat.

Tindak tanduk Anwar sejak kebelakangan ini bukan sahaja semakin menjejaskan kredibilitinya malahan turut menyeret sama imej pembangkang. Ia kerana rakyat sudah pasti tertanya-tanya apakah begini sikap seorang yang ingin disanjung sebagai pemimpin.

Anwar kini bukanlah aset tetapi liabiliti kepada pembangkang. Wajarkah negara ini memiliki pemimpin seperti Anwar yang bermulut cabul dan mudah terpancul ayat-ayat memaki hamun kepada sesiapa yang tidak disukainya?

Apakah begini cara Anwar hendak mendidik generasi muda berpolitik?

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive