Pakatan Rakyat telah mengeluarkan kenyataan berani dimana mereka akan berusaha apa jua cara bagi menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum akan datang. Definisi ‘at all cost’ disini membawa pelbagai maksud diantaranya; DAP sanggup menggadaikan sikap ‘chauvinist’ mereka demi meraih kemenangan, PKR sanggup menggadaikan hak istimewa orang Melayu demi meraih sokongan kaum bukan Islam kepada mereka manakala PAS pula sanggup menggadaikan hukum Islam bagi menghalalkan matlamat mereka untuk memerintah negara.
Kita dapat melihat dewasa ini, pelbagai isu berbangkit diantaranya; isu Ketuanan Melayu, isu Institusi Raja-raja Melayu, isu kes liwat, isu tuntutan Interfaith Commission ( IFC), isu murtad Lina Joy dan pelbagai lagi isu telah mendapat ‘pembelaan’ dari Pakatan Rakyat. Lebih menyedihkan bila ada segelintir Melayu sanggup bersekongkol dengan DAP dengan mengkhianati bangsa Melayu itu sendiri demi janji kosong yang dijanjikan Pakatan Rakyat yang tunjangnya ialah DAP.
Persoalannya disini, apakah Melayu masih tidak sedar akan usaha jahat mereka ini? Melayu yang dimaksudkan penulis disini adalah keseluruhan orang-orang Melayu itu sendiri baik Melayu Umno, Melayu Pas, Melayu PKR, Melayu DAP, Melayu Liberal mahupun Melayu atas pagar.
Ekonomi – Sedar atau tidak, ekonomi Malaysia telah lama dimonopoli orang kaum Cina. Ini jelas terbukti dimana senarai 10 orang terkaya di Malaysia, 8 daripadanya adalah orang Cina. Kuasa membeli lebih banyak kepada kaum Cina jika dibandingkan dengan kaum Melayu dengan nisbah Orang Cina: RM1 manakala Orang Melayu: 30 sen. Jika dahulu penempatan orang India lebih dikenali di ladang estet dan ladang pertanian, akan tetapi tahap kehidupan mereka kini adalah jauh lebih maju ke hadapan dari orang Melayu itu sendiri. Atas sikap Melayu yang masih leka dan terlena akan gelaran Melayu sebagai ‘Tuan Tanah’ membuatkan kaum lain mengambil kesempatan atas kelekaan Melayu itu sendiri.
Agama – Penggunaan Kalimah Allah dijadikan modal politik bagi meraih sokongan dari kaum bukan Islam dalam usaha mereka meraih undi. Pakatan Rakyat dengan bangga telah menyatakan bahawa penggunaan nama Allah sebagai Tuhan boleh digunakan oleh semua agama termasuk Kristian dan Hindu. Ini jelas akan usaha mereka memesongkan akidah dan pemahaman anak cucu kita di masa akan datang. Bukti jelas ini menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat khususnya PKR dan PAS ternyata sanggup mengadaikan agama demi kepentingan politik demi mencapai kepentingan peribadi.
Bangsa – Anwar Ibrahim dalam sessi ceramahnya pada Pilihanraya ke-12 yang lepas telah menabur persepsi bahawa negara Malaysia ini bukan milik orang Melayu sahaja malah bumi Malaysia ini juga hak milik orang Cina dan India. Provokasi sebegini telah menimbulkan kegembiraan pada kaum bukan Melayu di negara ini yang telah menyebabkan Barisan Nasional kalah di 5 negeri dengan statistik pengundian bukan Melayu terutamanya Cina dan India beralih arah secara drastic kepada Pakatan Rakyat.
Melayu..sinonim dengan kesetiaannya kepada Raja & Agama. Melayu mudah tersinggung apabila Raja kita di usik apatah lagi di hina. Bangsa lain mungkin tidak akan mengerti ‘sentimental value’ antara Melayu dengan Rajanya. Apabila Karpal secara biadap telah memperkotak-katikkan Institusi Raja Perak maka UMNO telah bangkit memerangi budaya biadap DAP. UMNO satu-satunya parti yang benar-benar melindungi bangsa Melayu, agama Islam dan bukannya Parti Pembangkang. Dimana PAS & PKR ketika itu kalau bukan turut bersama DAP?
Wahai orang Melayu, apakah kita mahu Tanah Melayu ini tergadai di tangan Pakatan Rakyat yang secara terangnya mahu menghapuskan keistimewaan hak orang Melayu?. Apakah kita masih mahu mengambil sikap sambil lewa atas usaha jahat Pakatan Rakyat ini? Apakah kita masih mahu membicarakan tentang jawatan dalam parti? Atau kita mahu bersatu dalam erti kata lain, bersatu sebagaimana kita pernah bersatu suatu ketika dahulu sebelum merdeka?. Bersaksilah bahawa jika mereka berjaya menawan Putrajaya, maka orang Melayu pasti akan menjadi pengemis di bumi sendiri. Tatkala itu barangkali Melayu di dalam Pakatan Rakyat baru akan sedar niat sebenar DAP dalam menawan bumi Malaysia dan sudah pasti Melayu sudah terlambat! Bersatulah! Bersatulah! Bersatulah demi Melayu!
Oleh: asam
1 comment:
hmmm.. lebih 52 tahun memerintah.. melayu makin lama makin lemah! apa yang UMNO dah buat?
setelah sekian lama gagal membawa orang melayu dan Islam ke arah semakin baik, masih lagi UMNO mahu merintih dan mengemis simpati rakyat agar terus memilihnya menerajui negara?
tak malu!
Post a Comment