Thursday, January 5

Anwar Dimanakan Ku Cari Ganti?????

Lagi mahasiswa diperbodohkan demi kepentingan politik sempit untuk menyelamatkan Anwar pada 901.Banner ini telah disebarkan di FB dan lokasi tempat banner ini digantung di UITM Kelantan.Adakah ini tak tik terbaru menyeru supaya mahasiswa menyertai bebaskan Anwar 901 setelah provokasi di UPSI gagal.


Siapa yang paling layak mengganti beliau selaku Ketua Pembangkang?Pastinya Ketua Pembangkang yang baru harus datang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga.Kak Wan (Wan Azizah) memanglah Presiden PKR, tetapi mampukah beliau mengemudi Pakatan Rakyat dengan memastikan ‘warlord’ dan ‘godfathers’ politik pembangkang negara seperti Kit Siang, Datuk Seri Hadi Awang, Nik Aziz dan orang-orang PKR terus berkerjasama.


Beliau terjun ke dunia politik pun disebabkan kasih sayang beliau kepada Anwar.Walaupun khabarnya Anwar telah menyebut beliau sebagai pengganti, mampukah PKR bersetuju bahawa itu adalah pilihan yang paling tepat?Mampukah beliau berhadapan dengan nama-nama besar pembangkang lain untuk mencari penyelesaian sesuatu isu andai kata berlaku pertikaman lidah antara rakan-rakan PR. sampai mana Kak Wan mampu menjadi binding factor untuk pakatan pihak pembangkang terus kekal.


Nurul Izzah dijangka menggantikan ayahnya Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengetuai cabaran Pakatan Rakyat untuk pilihanraya umum ke 13 sekiranya ketua pembangkang itu disabit kesalahan dan di hukum penjara atas tuduhan liwat.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive