Dia didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Kesesakaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika menyampaikan keputusannya menegaskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel DNA tidak terusik."Tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful.
“Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan hanya berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu, dibebas dan dilepaskan,” katanya ketika membacakan penghakiman.
Ismail Kamus pernah berkata;
"Melepaskan 9 orang yang ternyata bersalah adalah lebih baik daripada menghukum seorang yang tidak bersalah."
Faham tak apa maksudnya? Faham? Samar-samar? Atau nak kaji dulu? Hmmm...
Pasukan Pendakwaan telah melaksanakan tugasnya dengan baik walaupun tak cukup cemerlang. Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah juga telah melakukan tugasnya. Mungkin akan ada hakim lain pula selepas ini yang akan melakukan tugas yang sama, mendepani kes yang sama, melayan karenah penangguhan yang sama, di platform yang berbeza. Itupun jika Peguam Negara mahu teruskan. Dan pasti bicaranya akan memakan masa yang panjang lagi...dan kali ini mungkin cecah 5 tahun!
Atau mungkin selepas ini tiada lagi kedengaran kononnya MAHKAMAH MALAYSIA TIDAK ADIL? atau SISTEM KEADILAN MALAYSIA TEMPANG? Heh...MUNGKIN TIDAK...
Apapun tahniahlah kepada Kak Wan & keluarga, kaum kerabat serta pencinta Bapak Anwar Bin Ibrahim. The damage has been done. Mungkin akan ada lagi 'bukti' cctv di kondominum atau hotel terbaru yang akan berleluasa di alam maya selepas ini?! Manalah tau...kan...kan...kan! Hehehe...
No comments:
Post a Comment