Monday, January 9

Adam Adli Digantung 3 Semester.



Penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Adam Adli Abdul Halim digantung tiga semester oleh pusat pengajian tinggi itu selepas didapati bersalah menurunkan bendera tertera wajah Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno bulan lalu.

Keputusan itu berkuat kuasa mulai hari ini.
beliau dimaklumkan keputusan itu pada sesi pendengaran kes ke atasnya petang ini.
"Pada hari pertama perbicaraan hari ini, saya dimaklumkan saya digantung tiga semester," kata beliau sambil menambah, "keputusan diumumkan sekitar 4.30 petang."
Adam Adli mendakwa perbicaraan dikendalikan tanpa memberi peluang kepadanya diwakil peguam dan panel yang mendengar kes seolah-olah menunjukkan sikap pro kepada sebelah pihak.
"Perbicaraan yang berat sebelah tanpa ada hak bagi saya diwakil peguam," katanya lagi.
Adam Adli memberitahu beliau tidak terkejut dengan keputusan itu, sebaliknya gembira kerana "mampu boleh membawa perubahan (dalam senario politik) di negara ini."
"Saya sebenarnya gembira dengan keputusan hari ini," kata beliau.
Adam Adli menambah, beliau akan mengadakan perbincangan dengan peguamnya malam ini berhubung tindakan susulan berkaitan hukuman yang dikenakan.
"Apa yang saya alami menunjukkan Auku ini memang satu undang-undang menganiya pelajar," kata Adam Adli yang pernah dipanggil Upsi untuk menghadap lembaga disiplin pada 2010. Pada ketika itu dia hanya diberi amaran.
Adam Adli berhadapan dengan tekanan ekoran tindakannya menurunkan bendera tertera wajah Najib di pekarangan Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur, 17 Oktober lalu. Beliau juga dijadual dipanggil menghadap panel disiplin ekoran penglibatannya dalam demonstrasi di hadapan Upsi awal pagi 1 Januari lalu.

 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive