Saturday, January 7

#Anwar901: Pembangkang Tolak 10 Syarat.



Pastinya ini akan terjadi kerana mereka tidak akan berpuas hati dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Polis.Malahan jika membenarkan monyet ini berkumpul pastinya akan membuat onar dan pelbagai masaalah.Budak AMK nie spises macam tue mana boleh duduk diam.

Pembangkang menolak sepuluh syarat yang ditetapkan polis kepada penganjur dan penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika demonstrasi 901 yang dijadual berlangsung Isnin ini.Polis mengenakan sepuluh syarat kepada penganjur demonstrasi 901 setelah menimbang faktor keselamatan dan ketenteraman awam.ia nyatermasuk tidak membenarkan penggunaan risalah dan kain rentang dengan perkataan 'Bebaskan Anwar 901' atau 'Bebaskan Anwar' semasa perhimpunan itu.

10 syarat bagi perhimpunan 9 Januari

1. Penggunaan risalah/ banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah tidak dibenarkan sama sekali semasa perhimpunan berlangsung.

2. Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ tidak dibenarkan. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

3. Pengucapan awam tidak dibenarkan sama sekali.

4. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding mahkamah.

5. Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di pakir awam sebelah kiri jalan utama ke mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

6. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan pakir mahkamah.

7. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.

8. Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.  

9. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.  

10.  Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive