Saturday, January 7

ChinaDoll Penang Cuti Sokong #Anwar901 Guan Eng,Perdana Menteri interim???



Perdana Menteri interim akan dilantik sementara menunggu beliau dibebaskan dari penjara – jika Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya dari Barisan Nasional (BN).Persoalannya sekarang, siapakah dari kalangan pimpinan Pakatan Rakyat sedia ada yang boleh diharap untuk memegang jawatan tersebut sementara menunggu proses yang sepatutnya selesai untuk membebaskan Anwar?Siapa pun dia, orang ini mestilah diterima oleh semua lapisan rakyat dalam Pakatan Rakyat, selain partinya sendiri.


Tidak setakat itu, pemimpin tersebut mestilah seorang yang boleh dipercayai untuk menyerahkan semula jawatan Perdana Menteri kepada Anwar bila masa itu tiba nanti dan paling penting tidak mengambil peluang di dalam tempoh tersebut untuk menguatkan pengaruhnya pula.MKP ingin mencadangkan agar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilantik sebagai Perdana Menteri interim yang disebut Anwar, walaupun perkhabaran kuat yang masuk ke gegendang telinga penulis menyatakan Azmin Ali atau Nurul Izzah yang akan menduduki jawatan tersebut.


Pandangan MKP mengenai Guan Eng adalah berdasarkan hakikat bahawa kaum cina ini boleh dipercayai dalam hal-hal sedemikian, selain jangkaan bahawa DAP juga akan menguasai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.Bukan tidak percaya dengan kebolehan pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat seperti Datuk Nik Aziz, Datuk Seri Hadi (sebagai tambahan kepada Azmin atau Nurul Izzah) , tapi seperti disebut pada awal artikel ini tadi, pemimpin tersebut perlulah boleh diterima semua kaum dalam Pakatan Rakyat.

Percayalah, pemilihan Azmin atau Nurul Izzah hanya akan menyelesaikan separuh dari masalah – memastikan jawatan Perdana Menteri diserah semula kepada Anwar, sedangkan pemilihan Guan Eng akan juga memastikan rakyat dan pentadbiran kerajaan berjalan dengan lancar sementara menantikan Anwar bebas dari penjara.
Justeru, tidak syak lagi bahawa Guan Eng adalah pemimpin yang memenuhi kriteria sebagai Perdana Menteri interim yang disebut Datuk Seri Anwar.




No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive