Saturday, January 7

Berapi :Akibat #Anwar901 300 Ahli PKR Tinggalkan Parti


Dato Zainal Abidin Osman  menyampaikan sumbangan kepada 10 keluarga  bagi setiap kaum india,melayu dan cina yang kurang berkemampuan dimajlis yang berlangsung tadi.


NIBONG TEBAL - Seramai 300 ahli & penyokong Pakatan Rakyat kawasan Dun Sungai Acheh , Nibong Tebal hari ini bertindak keluar parti itu dan menyertai parti dalam BN iaitu UMNO , MCA , MIC dan Gerakan setelah kecewa dan hilang kepercayaan dgn kepimpinan kerajaan DAP diterajui Lim Guan Eng .

Kumpulan itu menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai UMNO kepad Pengerusi BN Parlimen Nibong Tebal , Datuk Zainal Abidin Osman dalam  satu majlis di Sungai Acheh  di sini, hari ini."

Menurut Mantan Pengerusi JKKKN & Ketua Ranting PKR Sg Acheh Hj Ahmad Bin Ibrahim berkata, mereka telah memberi peluang Kerajaan negeri DAP menjalankan tanggungjawab menyelesaikan masalah rakyat di kawasan ini tetapi mereka gagal melaksanakan apa yang dijanjikan .

"Mereka langsung tidak pedulikan masalah rakyat terutama kami di sini di Dun Sungai Acheh , Sebaliknya UMNO dan BN banyak membantu menyelesaikan masalah penduduk di kawasan ini " katanya .

Selain itu, pihak Utara News juga dimaklumkan bahawa lebih 1000 orang penyokong Pakatan Rakyat telah keluar secara senyap lebih dahulu dan kelompok ini berjanji akan menyokong BN pada PRU 13 akan datang 
sumber : Utara NEWS 




1 comment:

KELISA DURI said...

Hidup UMNO..... berjaya Barisan Nasional..... Still Loving u..

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive