Raja Petra yang sejak tiga tahun lalu tinggal dalam 'buangan' di Manchester, England menegaskan, Pihak pembangkang patut mengurangkan perjuangan untuk Anwar atau 'Anwarista' kerana agenda untuk perubahan tidak harus berteraskan kepada personaliti.''Kita belum tamat, kita kena teruskan. Bukan sebab Anwar. Bagaimana jika sesuatu berlaku kepada Anwar. Dia bukan muda lagi. Dia lebih tua daripada saya.
Apa yang ditegaskan oleh Raja Petra itu telah mendedahkan akan hakikat bahawa pihak pembangkang bukanlah alternatif terbaik untuk memimpin negara ini kerana dasar yang diperjuangkan mereka berbeza-beza dan hanya menjadikan Ketua Pembangkang itu sebagai 'ikon' penyatu.Penyatuan pihak pembangkang itu boleh dianggap sebagai 'persekongkolan luar tabii' kerana masing-masing mempunyai agenda perjuangan berlainan termasuk DAP yang bersifat cauvinis dan rasis.
Pada masa depan tidak mustahil parti-parti yang menganggotai pakatan itu akan kembali kepada perjuangan asal setelah mendapat kuasa atau setelah merasakan sudah menjadi parti paling dominan dalam pakatan itu. Pas telah melancarkan dokumen negara berkebajikan yang turut disokong pimpinan pembangkang lain. Ia sarat dengan pelbagai janji manis dan madah berhelah bagi mencapai nafsu serakah untuk menawan Putrajaya.
Sekiranya Pas sanggup melancarkan dokumen baru ini bagi menggantikan dokumen negara Islam yang diperkenalkan pada 12 November 2003, tidak mustahil mereka akan membuat pusingan 'U' untuk membuang dokumen negara berkebajikan dan menggantikannya dengan dokumen entah apa lagi!Tidak mustahil juga bila DAP berkuasa, mereka akan melancarkan pula dokumen negara cauvinis dan jika sosialis berjaya, mereka akan lancarkan pula dokumen negara komunis.Anwar tidak mempunyai falsafah perjuangan terbaik bagi membangunkan negara dan rakyat sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan mendapatkan kuasa bagi diri dan kroni-kroninya.
Pendedahan Raja Petra seharusnya dijadikan pengajaran kepada pihak-pihak yang baru mahu berjinak-jinak dengan Anwar bahawa Ketua Pembangkang itu sanggup memperalatkan sesiapa sahaja bagi menjaja pembohongannya.Beliau sanggup memburukkan negara malah bangsanya sendiri demi memperjuangkan kepentingan peribadi dan kroni-kroninya.Rakyat seharusnya bimbang dengan trend mendewa-dewakan Ketua Pembangkang itu yang dapat dilihat apabila 'ulama' PKR yang juga bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Dr. Badrul Amin menggelar Anwar sebagai pemimpin dari sebelah Timur yang ditunggu-tunggu.Anwar ternyata tidak mampu mentadbir negara kerana beliau tidak mempunyai ciri-ciri integriti, kredibiliti, bertanggungjawab dan sanggup memperjuangkan nasib dan kesejahteraan rakyat," katanya yang juga Pensyarah Kanan Sosiologi Politik, Jabatan Antropologi dan Sosiologi.
Sehubungan itu, semua rakyat perlu menolak pemimpin yang pandai bersandiwara dengan pelbagai imej baik semata-mata supaya dia terus dipuja.Ingatlah, masa depan sebuah negara bukan ditentukan oleh seorang pemimpin walau sehebat mana pun beliau, sebaliknya ia ditentukan oleh ideologi dan arah perjuangan yang dibawa.
No comments:
Post a Comment