Sunday, January 8

Berapi :AMK Kantoi Menipu?


Depa main drama bollywood lagi dengan bermacam provokasi murahan telah dimainkan.Cubaan ini telah  dikantoikandek  kerana kebodohan puak AMK nie.Lain kali klu nak main Drama biaq la cerdik skit. 


Fayyad Afiq Albakqry, pengawal peribadi kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disyaki disuntik racun dan menyebabkannya pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya, tengah malam tadi.

Fayyad dipercayai diserang menerusi suntikan di telapak tangan kiri sewaktu mengiringi Wan Azizah meredah kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kampung Cherok Tokkun.

Laporan laman web Keadilandaily menyebut, mangsa dikatakan ada meminta ais daripada wartawan PenangDaily, Zainulfaqar kerana tangannya berasa kebas, sebelum pengsan kira-kira 15 minit selepas terkena suntikan itu.



Berikut apa yang diulas oleh DR MIM:Sebagai doktor perubatan, MiM tergelak besar apabila membaca twitter di atas. Si penulis itu sudah pasti tolol dalam perubatan kerana morfin tidak boleh dimasukkan ke dalam badan hanya sekadar 'terasa dicucuk jarum' sahaja!

Picagari diperlukan dan jika sampai nazak, ianya bermakna dose morfin yang digunakan tinggi. 

Dan sepanjang pengalaman MiM sebagai doktor perubatan, tempoh untuk cucuk dan menekan tombol picagari (intramuscular IM injection) sehingga habis cecair (1 cc) di dalam picagari itu akan mengambil masa lebih kurang 5-8 saat!

Hanya jika Fayyad merelakan diri beliau disuntik sahaja maka proses menyuntik segala cecair di dalam picagari itu akan dapat dilakukan dan sudah tentu amat mustahil ketika bersesak di depan orang ramai!

Manakala, tempoh kehadiran morfin di dalam plasma darah adalah kira-kira 20 minit. Maka, segala simptom morfin tidak mungkin akan berlaku secara tiba-tiba!

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive