Thursday, January 5

Demonstrasi Kempen "Bebaskan Anwar 901" Tidak Akan Ubah Keputusan Mahkamah



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sebarang demonstrasi jalanan tidak akan mengubah mana-mana keputusan mahkamah.
Beliau yang merujuk kepada demonstrasi Kempen "Bebaskan Anwar 901" yang dirancang pada Isnin ini berkata, orang ramai tidak perlu terlalu emosi dan mudah terpengaruh jika ada pihak tertentu cuba menghasut mereka bagi menyertai demonstrasi berkenaan.
"Saya nak ingatkan orang ramai kes yang ada di mahkamah yang akan dijatuhkan hukumannya tak lama lagi sudah lama berjalan, kenapa baru sekarang ada perancangan tertentu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pasca kabinet kementerian itu di sini, Rabu.
Demonstrasi itu dikatakan bertujuan menuntut keadilan bagi Ketua PembangkangDatuk Seri Anwar Ibrahim apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadual memberi penghakiman berhubung kes liwat membabitkan beliau pada hari tersebut.
Hishammuddin berkata, polis tidak akan berkompromi dengan cubaan penganjur untuk mengadakan perhimpunan itu sehingga boleh mengganggu-gugat keselamatan orang awam.
"Yang menjadi sandaran Polis Diraja Malaysia ialah keselamatan, ketenteramandan kepentingan orang awam termasuk peniaga dan penjaja. Jika tidak menjejaskan keadaan, saya tengok tidak mendatangkan masalah.
"Tetapi kalau sekiranya jelas apa yang nak dilakukan ini disengajakan atau akan menimbulkan huru-hara ini akan menjadi pertimbangan pihak polis," katanya.
Pada sidang akhbar sama, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh untuk mengadakan pertemuan dengan penganjur demonstrasi itu.
Dalam perkembangan lain, Ismail sekali lagi menegaskan bahawa anggota polis tidak menggunakan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan haram anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) selepas sambutan Ambang Tahun Baru di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak Ahad lepas.
"Jadi tuan-tuan tengok sendiri. Kita dah tunjuk video itu. Sudah ada dalam Youtube sekarang ini. Nilai sendirilah siapa yang bercakap benar siapa yang tak benar," katanya sambil menegaskan polis cukup profesional dalam menghadapi kejadian itu. - BERNAMA

1 comment:

nazmijallil said...

Jangan beri amaran je. tangkap je, jika mereka bersalah. meluat aku tengok mahasewel yg tak reti nak bersyukur. HARAP POLIS BERTEGAS

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive