Thursday, January 5

Maruah PAS Telah Dijual Oleh Nanyang!!!



Nanyang Siang Pau telah menyiarkan artikel yang mengupas atau menjelaskan hudud kepada pembacanya setelah isu hudud kembali bangkit mewarnai politik Malaysia.Tindakan Nanyang Siang Pau ini walaupun konon berniat baik iaitu untuk memberi pemahaman kepada kaum Cina berkenaan hudud yang ingin dilaksanakan PAS, tetapi ia juga secara tidak langsung dilihat sebagai provokasi terhadap agama Islam.Ini kerana, akhbar tersebut juga menyiarkan kenyataan Pheng Yin Huah, Presiden Hua Zong iaitu sebuah NGO yang mewakili kaum Cina yang menganggap hudud sebagai membawa keresahan kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia. 


PAS telah bertindak tegas meminta agar Nanyang Siang Pau menarik balik artikel tersebut tetapi telah dikritik keras oleh NGO-NGO Cina yang menyatakan sokongan mereka kepada akbar tersebut. dan menuduh PAS dan PKR sebagai menghalang kebebasan akhbar.Benarkah PAS menghalang kebebasan akhbar?Hakikatnya,, tindakan PAS adalah wajar bagi memastikan hukum hudud tidak disalahtafsir atau dipermainkan oleh pihak-pihak yang kurang arif tentangnya dan mungkin punya agenda tersembunyi. Dalam hal ini, kita merasa terkilan dengan sikap DAP yang langsung tidak berusaha membantu memberi penjelasan kepada masyarakat Cina agar tidak merasa resah dengan hudud dan tidak terpengaruh dengan provokasi Nanyang Siang Pau. 


Umum tahu bahawa PAS telah melakukan berbagai-bagai pengorbanan untuk DAP sehinggakan sanggup membelakangkan Himpunan Sejuta Ummah demi menjaga hati DAP.  Oleh itu, kita ingin bertanya, kenapakah sukar benar bagi DAP untuk membela PAS dalam isu hudud ini?Bukankah telah diterangkan bahawa hudud adalah untuk orang Islam tetapi ruang untuk berbincang mengenai kedudukan bukan Islam dalam undang-undang ini sentiasa terbuka.Mungkin DAP inginkan pendirian yang pasti mengenai kedudukan bukan Islam dalam hudud, tetapi soal ini seharusnya ditangani dari dalam dan bukannya dengan melibatkan akhbar dan NGO-NGO Cina yang lain.   Tindakan melibatkan semua kumpulan yang mewakili kaum Cina untuk menentang PAS dilihat sebagai usaha DAP untuk menekan PAS agar mengikut apa saja yang baik untuk kaum Cina. SUARAPAKATAN.



No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive