Apa dah jadi dengan Pok Nik nie samakan perhimpunan haram #bebaskananwar901 dengan umat Islam berhimpun semasa Solat Jumaat dan sembahyang Fardu yang lain.MKP nak tanya hukum mana yang Pok Nik guna pakai??????? Solat berjamaah, berhimpun di Padang Arafah dan berhimpun dalam masjid disamakan oleh Nik Aziz sebagai demonstrasi. Dia tidak nampak sebarang perkataan lain yang lebih sesuai kecuali DEMONSTRASI. Sebabnya demonstrasi itu merupakan satu keuntungan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
Tiada yang menghairankan kalau orang tua itu mengeluarkan 'fatwanya'. Demonstrasi adalah menunjuk perasaan kerana tidak berpuas hati. Perhimpunan dan demonstrasi adalah dua perkataan dan dua pengertian yang sama sekali berbeza, sama ada anda seorang pakar bahasa mahupun menguasai ilmu mantik. Kalau bersolat jemaah pun dikatakan demonstrasi, agak-agaknya kepada siapa sebenarnya perasaan tidak berpuas hati itu hendak ditunjukkan?
Kalau dah berdemonstrasi, datang mana pula 'disengajakan solat itu kerana Allah Taala?' Apakah solat itu suatu paksaan atau latihan jiwa dan fizikal? Adakah solat itu suatu manifestasi tunjuk perasaan atau sebenarnya satu isyarat pematuhan dan penyerahan hamba kepada Khaliq?
Kalau solat itu disamakan sebagai DEMONSTRASI, di mana pula letaknya Qasad, Ta'arrudh dan Ta'yin? Apakah demonstrasi yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang tidak berpuas hati terhadap sesuatu kerajaan atau organisasi itu terdiri daripada 3 rukun iaitu qasad, ta'arrudh dan ta'yin seperti wajibnya ketiga-tiga rukun itu di dalam solat sama ada solat itu bersendirian mahupun berjemaah? Apakah demonstrasi yang disebut oleh Nik Aziz itu mempunyai qasad, ta'arrudh dan ta'yin seperti berhimpun di Arafah yang merupakan salah satu perkara wajib dalam ibadah Haji?
Berikut pandangan Ustaz Fathul Bari tentang Demonstrasi aman yang dinyatakan oleh pihak Pakatan rakyat.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta kerajaan memberi hak kepada rakyat untuk berhimpun termasuk pada 9 Januari ini sempena kempen pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, perhimpuan itu langsung tidak bersalahan dengan demokrasi, apa lagi kerana peluang berhimpun itu sendiri diajar oleh Islam.Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyerahan kunci kediaman penjaga gol bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, tengah hari tadi.
Katanya, Islam tidak menghalang demonstrasi atau berhimpun kerana ianya ada pada agama suci itu sendiri.“Hari-hari kita berhimpun sebanyak lima kali sehari iaitu di masjid atau sekali setiap minggu, iaitu solat Jumaat,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan.
Menyentuh tentang masalah yang dihadapi oleh Anwar kini, beliau yakin ketua Pembangkang itu hanya dikhianati.Tambahnya, lagipun mahkamah belum lagi memutuskan Anwar bersalah.
“Kalau mahkamah putuskan dia bersalah, memang tak munasabah semuanya tu.“Yalah, di dunia ni kita boleh cipta macam-macam perkara, tetapi akhirat nanti terimalah pembalasannya,” ujarnya lagi.Beliau juga mendakwa, punca utama Umno dan BN bermusuh dengan bekas timbalan perdana menteri itu kerana Anwar kini melawan mereka.SUARAPAKATANRAKYAT.
No comments:
Post a Comment