Kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh pejabat ketua menteri Pulau Pinang menimbulkan tanda tanya.Exco cuma ada keta Tiara.biaq betul????? klu nak temberang pun biaqla berpada-pada,janganlah keterlaluan untuk meraih simpati rakyat bahawa depa nie tak tak berharta.
Malik itik nie semua geng kat tanjong kenal hang la tok sah dok berlakon naif dan buat muka kesian.klu orang luaq boleh la dok temberang tapi orang tanjong pun hang nak pekena jugak.Pi la cerita kt sapa saja dlm tanjong nie pasal malik itik nie kata dia pakai keta tiara.depa nanti gelak dan maki dia sampai tanjong boleh banjir dengan ayaq mata kerana gelak kat malik itik.berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang menunaikan janjinya mewajibkan Ketua Menteri dan semua Exco mengisytiharkan harta masing-masing.
Paling hebat ialah Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Batu Maung, Datuk Abdul Malik Abul Kassim kerana borang pengisytiharannya menunjukkan beliau tidak memiliki sebarang harta mahupun membuat sebarang pelaburan walaupun sudah hampir 4 tahun menjadi Exco kerajaan negeri Pulau Pinang.
Beliau hanya memiliki kereta Proton Tiara apabila mengambil alih jawatan pada tahun 2008, dan baru-baru ini membeli sebuah Honda CRV 2.0 berharga RM143,000 itupun dibayar dengan pinjaman kerajaan.
Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.
Bagaimanapun, pegawai ex-officio seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kewangan negeri dan pegawai undang-undang negeri tidak diwajibkan berbuat demikian.
Lim berkata perisytiharaan aset mereka itu bertujuan memenuhi amanah peribadi dan juga komitmen politik Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
Ditanya bagaimana orang ramai boleh mengesahkan aset ahli-ahli politik berkenaan, Lim berkata, perisytiharan ini adalah secara sukarela oleh semua ahli exco.
Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
-
Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay? Menteri Dalam Negeri,
Saifuddin Nasution pernah berkata, kerajaan yang ada sekarang tidak lagi
fokus ...
No comments:
Post a Comment