Kak Ijat minta cuti kat PM 3minggu pasal nak clear nama pasal isu NFC.Sabaqlah kak ijat kita mengalah bukan bermakna kalah dalam perjuangan.bagi MKP ini adalah tindakan yang bijak dan segalanya kebenaran akan terbukti juaakhirnya.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah memohon bercuti rehat selama tiga minggu mulai Jumaat ini daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Shahrizat berkata, beliau telah mengemukakan permohonan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya berharap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dapat menjalankan siasatan sama ada saya terlibat atau tidak di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai National Feedlot Corporation (NFC) di mana suami saya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif," katanya.
Shahrizat berdepan isu NFC, yang diterajui Dr Mohamad Salleh, apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.
Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang kononnya wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.
NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import. - BERNAMA
Mozilla Akan Perkenalkan Versi Baru Firefox Setiap 2 Minggu Bermula
September
-
Mozilla pada hari ini memperkenalkan versi baru pelayar web Firefox setiap
sebulan sekali. Namun, dengan perkembangan teknologi yang lebih pantas pada
hari...

No comments:
Post a Comment