Monday, January 9

#fitnah2 Tahniah Anwar Berjaya Pecah-Belahkan Umat Islam Malaysia?.


Di depan kira-kira 200 orang, terdiri dari sahabat, saudara mara, jiran, pelajar-pelajar Institut Tahfiz Al Quran yang diasaskannya bersama rakan taulan, juga  wakil media bekas Naib Presiden PAS Datuk Dr Hasan Ali mendedahkan, pemecatan beliau tidak lain kerana individu bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Di perkarangan banglo putih yang betul-betul mengadap tangga Masjid Al Gufran Taman Tun Dr Ismail, Dr Hasan Ali menceritakan perkara tersebut dalam satu majlis penjelasan yang katanya dirancang secara mengejut "atas permintaan teman-teman saya,".
Berbaju Melayu warna kuning cair, beliau didampingi isterinya, anak-anak dan sebahagian besar ahli kariah masjid tersebut yang juga merupakan jirannya selama belasan tahun tinggal di pinggir Taman Tun Dr Ismail itu.
"Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim," kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor itu tanpa berselindung lagi.
Beliau pada petang Ahad dipecat serta-merta oleh PAS Pusat atas tuduhan melakukan perkara yang merugikan PAS tanpa dipanggil membela diri.
hasanalidanisteri400
Menceritakan perkara di sebalik pemecatannya, beliau berkata, jika ada isu-isu yang berbangkit sebelum ini, semuanya sudah selesai apabila beliau bertemu dengan Muryidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kota Bharu sebelum tahun baru lalu.
"Tok Guru Nik Aziz sudah kata selesai, dia hendak buat kenduri lagi, di JKR 10 (rumah rasmi Nik Aziz) hendak kenduri dan minta ahli-ahli PAS bagi sumbangan untuk kenduri besar-besaran kerana menyambut kemenangan selesainya masalan ini. Habis dah. Tapi di mana timbul saya dipecat, kerana ANWAR IBRAHIM," katanya dengan penuh bersemangat.
Jelas Dr Hasan, segala komen yang dibuatnya membabitkan isu peribadi ketua pembangkang itu kerana tidak mahu rakyat terjebak dalam permainan politik Anwar.
"Saya tidak mahu beliau (Anwar) mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa KOTOR BETUL, ini yang saya perjuangkan.
"Saya dah ikut dari tahun 1997, satu persatu, saya adalah orang yang belajar sampai PHD, saya tahu sistem reseach, saya tahu data, saya tahu memecahkan data, saya tengok data boleh dipercayai atau tidak, saya terdidik dengan itu, jadi saya hendak gunakan ilmu itu untuk melihat apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim...
"Saya tak sanggup saudara-saudara, tak sanggup, betul-betul tak sanggup..."
"Saya tidak sanggup hadir 901, saya antara orang PAS yang tidak sanggup keluar bersama Anwar Ibrahum untuk memberikan  justifikasi mengapa Anwar mesti terus dilonjakkan jadi Perdana Menteri," katanya.
Sebelumnya, turut berucap sama adalah beberapa orang kuat PAS Selangor, antaranya bekas Setiausaha PAS negeri itu, Norman Taha, bekas Ketua Penerangan PAS Selangor Ustaz Hasan Basri, Presiden ISMA Ustaz Abdullah Zaik, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan paling menarik adalah kehadiran Ahli Parlimen PAS Bahcok, Ustaz Nasaruddin Mat Isa.

Sebagai bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin berkata kehadiran beliau bersama keluarganya adalah sebagai menyatakan sokongan peribadi kepada Hasan, yang sentiasa komited memperjuangkan syiar Islam walaupun berdepan pelbagai cabaran dan dugaan.
“Tindakan pimpinan PAS Pusat memecat Dr Hasan merupakan satu tindakan drastik tanpa memberi peluang kepada beliau untuk memberi penjelasan.
“Saya sebagai anggota Majlis Syura Ulama PAS ingin menyatakan ruang masih ada untuk beliau berkhidmat kepada parti dengan mengemukakan rayuan pemecatan beliau dalam tempoh 30 hari kepada majlis ini,” katanya.
Nasharudin juga berharap tidak timbul polemik di kalangan anggota PAS yang menganggap orang yang menyatakan pendapat dalam media proUmno ingin menjadi anggota UMNO.
“Saya harap politik kita lebih matang daripada itu, mesej perjuangan kita harus dikukuhkan agar Islam sentiasa berada di hati kita,” katanya.
nasharudin400
Laungan takbir berselang seli dengan tepukan, di antara ucapan, ini mudah difahami, kerana PAS di kawasan Taman Tun Dr Ismail dan Bukit Damansara adalah PAS profesional yang pro ulama seperti Dr Hasan Ali sendiri.
Boleh dikatakan PAS di kawasan tersebut adalah PAS 'kem Hasan Ali' yang terdiri dari golongan profesional yang bukan jenis pak turut danindependent.
Mereka tidak takut menyatakan sokongan kepada siapa yang mereka fikir benar dan wajar.
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dalam ucapannya, mengatakan beliau menyedari PAS terpesong dari landasannya sejurus selepas menang besar Pakatan Rakyat (PR)  dalam PRU ke 12.
"Saya bertanding atas tiket PAS, tapi lepas saja PRU, saya lihat PAS berkompromi dengan tiga perkara yang saya fikir turut diperjuangankan oleh Dr Hasan hingga dia dipecat, iaitu Islam, Bangsa Melayu dan Institusi diraja," katanya yang kini merupakan Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas.
Beliau tidak segan silu mengajak Dr Hasan menyertai PERKASA,yang katanya, "saya sanggup bagi jawatan, ambilah Presiden pun tidak mengata, Dr Hasan ada PHD, saya tidak ada," katanya berselorah disambut gelak ketawa hadirin.
Ibrahim Ali barangkali bergurau tentang jawatan, tapi dia memang serius tentang semangat 'soladiriti' dengan Dr Hasan Ali, menurutnya, "Sebulan dua lagi, saya hendak bawa Dr Hasan 'pusing' Malaysia, dia jadi hero baru kita,".

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive