Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, PAS telah membuat keputusan terbaik untuk parti itu dalam pendiriannya mengambil tindakan ke atas Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali, hari ini.
Hasan dipecat sebagai ahli Pas berkuat kuasa serta-merta semalam.
"Hubungan antara PAS dan DAP adalah normal dan sihat dan akan diteruskan sebegitu," katanya ketika ditemui selepas Persidangan DAP 2012 di sini hari ini.
Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh pula berkata "itu adalah isu dalaman PAS" sementara penasihat DAP Lim Kit Siang enggan memberi sebarang komen.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor Ronnie Liu berkata tindakan pemecatan itu sudah dijangka berikutan Hasan sering mengeluarkan kenyataan dan membuat tindakan yang membelakangi polisi pakatan pembangkang serta PAS.
Ditanya mengenai kedudukan Hasan dalam barisan Exco kerajaan negeri Selangor, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan kemudian.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor Khalid Abdul Samad menyambut baik keputusan pimpinan tertinggi PAS untuk memecat Hasan.
Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata secara peribadi, beliau menganggap keputusan itu adalah jalan terbaik yang telah difikirkan oleh pucuk pimpinan pusat untuk kebaikan parti pada masa depan.
"Pada pandangan saya, kita hormati keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan PAS pusat (memecat Hasan).
"Banyak pandangan telah diberikan kepada Hasan sebelum ini. Di peringkat PAS Selangor sendiri, kita dah cuba banyak kali nasihatkan dia (Hasan) sebelum ini," katanya.
Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok berkata kedudukan Hasan dalam barisan Exco kerajaan negeri hanya akan dibincangkan selepas PAS menyerahkan notis rasmi berhubung pemecatan itu kepada kerajaan negeri Selangor.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor itu berkata: "Diharapkan keadaan akan lebih baik tanpa Hasan Ali."SINAR HARIAN.
MKP kata:Sudah pasti DAP gembira dengan pemecatan ini,DAP sudah menunggu saat ini sekian lama.Hassan ali bukanlah pemimpin PAS yang disukai oleh pemimpin DAP kerana mengganggu usaha DAP untuk memecah-belahkan melayu.DAP adalah seperti mentornya PAP yang tidak akan mengiktiraf pemimpin yang susah untuk dicucuk hidung seperti khalid Gagap dan Khalid Samad.Peringatan kepada semua melayu PAS pihak DAP tidak dapat menghancurkan perpaduan kita sesama Islam,hanya Islam itu sendiri dapat menghancurkan sesama kita.Kaum ini tidak setia kepada kepada raja dan negaranya.
No comments:
Post a Comment