Friday, January 13

Haji Hadi Lebih Bahaya Dari Hassan Ali.



DATUK Seri Abdul Hadi Awang perlu tampil menjelaskan kepada semua, benarkah beliau ada berjumpa dengan mantan Perdana Menteri Abdullah Badawi pada 2008 untuk berbincang tentang pembentukan kerajaan perpaduan, seperti yang didakwa bekas Setiausaha Politik Abdulah, Datuk Md. Alwi Che Mat.


Benarkah perbincangan yang didakwa Alwi itu wujud?


Pendedahan ini, jika benar, akan memalukan seluruh warga PAS yang selama ini percaya UMNO yang terhegeh-hegeh ingin bekerjasama menubuhkan kerajaan perpaduan, bukan sebaliknya.


Haji Hadi, kesan kepada pendedahan ini amat besar walaupun isu ini telah agak lama berlalu.  Tidak keterlaluan kalau MKP katakan, kesalahan ini amat besar, jauh lebih besar dari kesalahan yang membawa kepada pemecatan Hasan Ali dari PAS.


Kalau Hasan Ali diibaratkan membakar jambatan antara dirinya dan PAS, tindakan sedemikian (jika benar) oleh Haji Hadi, ibarat mahu membakar PAS itu sendiri!!


Perbincangan sedemikian tidak pernah mendapat kelulusan Majlis Syura Ulama, mahupun Muktamar Tahunan PAS sebagai antara 2 badan tertinggi selain Mursyidul Am.  Persoalannya sekarang, siapa yang memberi kuasa kepada Haji Hadi untuk memulakan perbincangan tersebut?



Lebih penting, siapa lagi yang turut terlibat?
Seperti didakwa Alwi, perbincangan tersebut dijalankan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana.  Tidak seperti kediaman biasa yang lain, sudah tentu ada rekod kemasukan yang boleh dirujuk untuk membuktikan pertemuan tersebut berlangsung atau tidaknya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive