Friday, January 13

Isytihar Harta Guan Eng Dan EXCO Kantoi Lagi?



Banyak kesangsian dalam pengisytiharan yang telah dibuat oleh semua EXCO Kerajaan negeri Pulau Pinang semalam.CAT dah diputarbelitkan oleh mereka sendiri.MKP tengok apa yang telah didedahkan Oleh Double Y ternyata ada benarnya.



Tetapi tiba-tiba Guan Eng bersama exco beliau semalam dengan sukarela membuat pengisytiharan harta dan rakyat sendiri boleh mengesahkannya.

Penyata yang diberikan kepada wartawan oleh Guan Eng semalam bukan format penyata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ianya hanyalah borang yang dibuat sendiri oleh mereka untuk mewujudkan persepsi kononnya mereka telus dan bersih.

Dalam penyata yang ditunjuk semalam juga mereka tidak mengisytiharkan gaji, elaun termasuk 'directors fee' untuk PDC dan PBA kenapa ianya dibiarkan kosong?



Yang paling tidak masuk akal pengisytiharan oleh Prof. Ramasamy kerana dalam borang pengisytiharan beliau tiada satu pun 'investment' atau Unit Trust.

Logik ke?

Saya yang kerja biasa-biasa ini pun ada Unit Trust, inikan pula Deputy Chief Minister Of Penang?


Dan yang membuatkan saya bengong bila melihat borang pengisytiharan oleh Abdul Malik Kassim atau nama sebenarnya 'Malik Itik'. Semua ruangan tertulis 'NIL' = Not In List - yang dinyatakan beliau hanya mempunyai Proton Tiara?

Come on Malik... you mahu kencing siapa?


Yang paling menggelikan buah pinggang kita adalah apabila ditanya seorang wartawan semalam, kenapa harta pasangan/ahli keluarga tidak diisytiharkan sekali. Wartawan tersebut berkata jawapan yang diberikan oleh Guan Eng adalah :
"Kita di sini bukan untuk menjawab soalan itu...." 
Betul ke?

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian, mereka buat borang sendiri, isi sendiri, selepas itu panggil wartawan ini semuanya dibuat bukan disebabkan mereka telus. Sebaliknya ianya hanya untuk mewujudkan persepsi baik di mata masyarakat.


1 comment:

Pak Zawi said...

At least they start somewhere. Let us see BN do the same and we will compare. From there we will pressure everyone to reveal more. But will BN reps dare?

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive