mynewshub.my – Keputusan perbicaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim bagaikan satu pukulan kuat di kepala bukan sahaja bagi musuh-musuhnya tetapi juga bagi penyokong-penyokongnya.
Ia merupakan satu pengakhiran yang anti-klimaks apabila semua penyokongnya sudah bersedia memulakan huru-hara dan bercakap secara terbuka mengenai ‘pertumpahan darah’ ala Libya jika Anwar ke penjara.
Beberapa minggu kebelakangan ini, media-media barat juga, begitu aktif memfokuskan kepada Malaysia, memberi isyarat akan akibat yang negara ini mungkin hadapi jika Anwar dipenjara kerana meliwat. Mereka menegaskan bahawa liwat bukanlah satu jenayah kerana ia adalah sebahagian dari hak asasi manusia untuk mempunyai keinginan seks songsang.
Media-media barat ini secara langsung menghentam undang-undang berlandaskan Islam dan hukum alam.
Anwar, dalam kenyaataannya berkata bahawa keputusan mahkamah itu pasti ada kena mengena dengan tekanan antarabangsa – dalam ertikata lain mengakui hubungan eratnya dengan para pemimpin neo-con dan dirinya adalah pemimpin boneka pilihan mereka.
Saiful Bukhari, mangsa dalam kes liwat Anwar dalam kenyataannya pula menyatakan yang dia tenang menerima keputusan, yakin dan tawakkal kepada apa saja takdir Allah ke atas dirinya. Bagaimanapun, dia juga berharap agar kes tersebut dibawa ke Mahkamah Rayuan.
Rakyat Malaysia pasti punya banyak untuk diperkatakan mengenai kes ini tetapi satu perkara yang pasti ialah kita semua merasa gembira kerana negara kekal aman untuk sedikit masa lagi kerana Anwar tidak ada alasan lagi untuk memulakan huru-hara atau menggulingkan kerajaan dalam masa terdekat.
Pandangan dan simpati kini ditujukan kepada Saiful Bukhari.
Saiful mungkin dicemuh dan diketawakan oleh penyokong Anwar tetapi bagi mereka yang bijak, Saiful adalah seorang wira.
Saiful telah dinafikan keadilan lama sebelum keputusan diumumkan apabila kes ini ditangguh dan diheret selama bertahun-tahun. Untuk anak muda sepertinya terus bertenang walau apapun yang didedah dan diperkatakan terhadapnya, memerlukan kekuatan yang jitu. Kini, beliau telah pun kalah dalam perbicaraan tetapi masih mampu menerima hakikat itu dengan tenang menjadikan beliau seorang Muslim sejati.
Kita semua sedia maklum bahawa sekiranya Anwar dipenjara, negara ini tidak mungkin akan aman lagi. Dia akan bekerja siang dan malam dari dalam penjara dengan bantuan rakan-rakannya di barat bagi mencetuskan huru-hara dan meberikan alasan terbaik untuk kuasa besar masuk campur dan mengambil-alih negara.
Ia adalah satu hikmah yang tersembunyi apabila keputusan mahkamah ternyata tidak sepertimana yang diharap dan dirancang oleh Anwar dan pihak barat.
Dan ini juga menjadikan Saiful satu-satunya mangsa peperangan politik dunia ini. Saiful telah kehilangan sebahagian dari maruah dan reputasinya dengan kekalahannya di mahkamah. Tetapi, beliau mungkin tidak menyedari bahawa pengorbanannya itu telah menyelamatkan negara ini dari kehancuran.
Sindiket Dadah Ditumpaskan, Dua Lelaki Ditahan di Johor Bahru
-
Johor Bahru – Tak kira bagaimana liciknya taktik mereka, akhirnya sindiket
pengedaran dadah yang membungkus serbuk ekstasi dalam sampul menyerupai
mata wan...
No comments:
Post a Comment