Tuesday, January 10

Pulau Pinang Apa Pun Boleh,Tak Pecaya??????



Pulau Pinang 10. Jan. 2012 Selasa- seramai 30 ahli dari pelbagai Pertubuhan sekitar Pulau Pinang yang diketuai oleh YDP GPMS BARAT DAYA BALIK PULAU.Saudara Mohd. Faiz Hj. Mohamed Rafeek  telah menghantar MEMORANDUM kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) berkaitan  laporannya Polis oleh beliau kelmarin iaitu SLIP NO EKOR YANG MEMPUNYAI AYAT AL-QURAN DIBAHAGIAN BELAKANG... WAKIL iaitu penerima En. Rizal b Kamis penolong pengarah Khidmat Urusan (wakil MAIPP) dan Tengku Rosnani Tengu Yusoff Ketua Unit Penguatkuasa bahagian penerbitan dan teks Al-Quran (KDN PP) telah menerima memorandum tersebut.. Laporan dari saikopen




Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Barat Daya menggesa pihak berwajib untuk menyiasat cetakan keputusan nombor ramalan di sebalik kertas yang mengandungi ayat suci al–Quran.

Yang Dipertuanya, Mohd Faiz Mohamed Rafeek berkata, tindakan tidak bertanggungjawab syarikat nombor ramalan di pekan Kongsi itu dikesan oleh rakannya pada 1 Januari lalu kira–kira jam 8 malam.

“Saya memintanya untuk mendapatkan kertas tersebut dan alangkah terkejutnya apabila keputusan nombor ramalan itu sememangnya mengandungi ayat al–Quran.

“Tindakan syarikat itu secara tidak langsung menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, tidak sepatutnya kertas yang bercetak ayat al–Quran digunakan sebagai catatan keputusan nombor ramalan, walaupun kertas tersebut dikitar semula dan laporan sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya kelmarin.


“Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Mainpp) perlu memainkan peranan untuk membongkar isu yang berlaku di Balik Pulau,.

Mohd Faiz berkata, beliau turut mendapat sokongan rakan–rakan laman sosial yang bersetuju akan tindakan yang diambil.


“Bukan itu sahaja, saya turut mengajak mereka yang berminat untuk menyerahkan memorandum kepada Mainpp pada minggu hadapan bagi menyatakan kekesalan umat Islam akan kejadian itu.


“Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim juga perlu tampil dan membantu memberi penjelasan agar isu tersebut dapat diselesaikan dengan lebih efektif.



MKP kata:Sebentar tadi rakan media cuba menghubungi Malik Itik berkenaan isu ini untuk mendapatkan  komen  beliau,Nak tau apa dia kata NO KOMEN,,,,,,Apa kejadah punya YB Batu Maung nie bab nie pun takkan kena tanya Big Boss Nenen kot???????????????????????????

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive