Friday, January 6

Nurul Izzah Hina Institusi Kehakiman Negara





Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini menghina  institusi kehakiman yang menyifatkan kes mahkamah yang dihadapi papanya Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan institusi kehakiman di negara ini sebagai ‘tempang’.

Nurul Izzah mendakwa sistem keadilan didukung Suruhanjaya Diraja, namun beberapa kes yang dilaporkan membabitkan individu tertentu tidak di ambil tindakan.

“Sebaliknya apa yang berlaku, wujud individu yang menyusun pelantikan hakim-hakim. Oleh itu, harus ada reformasi terhadap sistem kehakiman bagi mempastikan keadilan dapat ditegakkan,” kata beliau yang juga ahli parlimen Lembah Pantai.

Tegas Nurul, “dakwaan ke atas beliau (Anwar) diguna berkali-kali.. Ternyata institusi kehakiman sekarang tempang. Kes Lingam tidak disiasat, individu yang mencampuri urusan kehakiman dan melantik hakim-hakim tidak didakwa.

“Maka kita nak lihat reformasi (terhadap sistem kehakiman) supaya keadilan dapat dilaksana. Sebagai contoh kes Aminur Rashid dan Ahmad Sarbaini Mohamad,” katanya ketika menjawab soalan berhubung kes bapanya.

Pada 9 Januari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membuat penghakiman berhubung kes tuduhan liwat membabitkan Anwar dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kes tersebut berlangsung hampir dua tahun ekoran Anwar didakwa meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Ketika ditanya mengenai calon bagi menggantikan Anwar sekiranya beliau didapati bersalah, Nurul beranggapan parti mempunyai ramai individu yang layak.

“Semuanya adalah individu yang dikenali dan layak. Semua mesti jelas dengan tugas masing-masing,” katanya ringkas.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive