Friday, January 6

Berapi : JAIS Panggil Iman Mahadi????



Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Datuk Dr Hasan Ali meminta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) supaya memanggil penceramah agama Badrul Amin Bahron.
Beliau berkata ini berhubung klip ceramahnya yang seolah-olah menyamakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Imam Mahdi.
Beliau berkata tindakan itu perlu bagi Jais meneliti teks ceramah dan mendengar sendiri penjelasan Badrul Amin yang juga merupakan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabak Bernam berhubung isu itu."Saya minta Jais panggil dia untuk tanya sendiri dan selesaikan masalah ini dan kita minta ia diadakan dalam keadaan harmoni untuk mendapatkan kepastian mengenai kandungan ceramahnya itu," Bernama.
Isu dakwaan Badrul Amin bahawa Anwar Imam mahadi mendapat reaksi dari Hassan ali yang dahulunya agak membisu kerana diarahkan tutup mulut oleh DAP dan PAS akan tetapi kali nie berlainan sikapnya mungkin kerana ada ura-ura azmin akan menjadi Menteri Besar Selangor jika pakatan berjaya mengekalkan kememenangan pakatan dalam PRU 13 nie.Perbalahan ini nampaknya berterusan dan membara pada ketika ini.  Nampaknya Hassan Ali kali nie benar-benar mahu semua londeh semua segala kemungkaran yang telah dilakukan oleh Pentadbiran Kerajaan PKR Selangor.Khalid Gagap pasti akan gundah gelana kerana ini melibatkan rahsia diantara kerajaan negeri yang tidak perlu diketahui oleh umum.Hassan Ali mempunyai pengaruh tersendiri dalam kerajaan Selangor serta pengikutnya.jika tidak kerana sokongan ini pasti telah lama dikenakan tindakan oleh PKR Selangor.Itulah percaturan dalam dunia politik semuanya berkenaan angka.



No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive