Friday, February 1

TIMBUL LAGI KISAH ZAHIDA RAFIK NIE......JAMBATAN KE SEMPORNA BILA NAK SIAP.......?


MKP ingat kisah dan cerita membabitkan Jambatan Dari Kelang ke Semporna dah selesai tapi timbul jugak disaat akhir nie. Agak Panas dan sensasi jugak dulunya. Eloklah jika pihak SPRM dah mula menyiasat benda nie...Tapi MKP risau jugak takut nanti benda lain yang dicari benda lain pulak terbongkar...

Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik, Noor Azman Azemi, hari ini hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, bagi memberi keterangan berhubung dakwaan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberi sejumlah besar wang kepada artis itu.  
Peguam Noor Azman, Latheefa Koya yang juga Pengerusi Biro Undang-undang PKR, berkata anak guamnya memberi keterangan selama sejam berhubung kes yang disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 itu.  
"Noor Azman memberikan kerjasama dengan memberikan segala butiran yang diperlukan," katanya kepada pemberita selepas itu.  
Latheefa berkata, mereka juga berpuas hati dengan layanan SPRM pada hari ini.  
Tahun lalu, Zahida dilapor pernah membuat laporan polis terhadap Noor Azman, 39, yang didakwa melarikan RM200,000 wang syarikatnya, manakala Noor Azman turut membuat laporan polis mendakwa Mohd Shafie mempunyai hubungan dengan Zahida dan menyerahkan sejumlah besar wang kepada artis itu. BERNAMA

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive