Monday, May 2

OMEGASAYANG:Kak Wan Dalam Hati Sapa Yang Tau?


Memang tak perlu minta Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanggungjawab atas apa dilakukan oleh budak-budak Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Majid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul,Kuala Lumpur petang Jumaat sebelum dan selepas Datuk Shazryl Eskay Abdullah melafazkan sumpah laknat.

Mereka yang mengenali PKR secara dekat tidak yakin Ketua AMK Shamsul Iskandar Mt Akin dan konco-konconya berani jadi orang bodoh dan hilang akal macam pengikut ajaran songsang sampai sanggup mencemarkan kesucian masjid hingga mencetuskan kemarahan ramai pihak tidak dapat 'restu' Anwar..

Namun, tolak sebelah Anwar yang tengah mengelabah tetapi kena maintain control macho dan steady...mata ramai orang kini menjeling kearah Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Tidak salah beliau terpaksa setia kepada suaminya Ketua Pembangkang itu dan memang diketahui sebagai Presiden PKR ‘ atas kertas saja’ tetapi kerana rasminya penyandang jawatan nombor satu parti beliau kena jawab kenapa ahlinya boleh buat gila dalam masjid untuk menghalang Eskay bersumpah.

Meminjam kata-kata ahli parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Noordin, selama ini Kak Wan memilih kesetiaan berbanding kebenaran.

Itu hak Kak Wan sebagai isteri. Islam menyuruh isteri setia dan taat pada suami.
Namun, kesetiaan dan ketaatan yang dituntut adalah kepada suami yang baik akhlak dan tingkah laku.

Kak Wan mungkin tidak sedar ramai orang termasuk sesetengah orang dalam PKR,PAS dan DAP sendiri tersenyum sinis bila beliau sendiri istihar suaminya itu ‘anugerah Tuhan’ masa Konvensyen PKR tahun lalu.
Malah ikut ceritanya ada sebilangan pemimpin PAS yang sudah ‘goyang’ bimbang isu video seks akan turut bawa masuk parti mereka ke dalam longkang kerana dicop mempertahankan satu kemungkaran.
Bukan saja ‘ agak kenal’ dengan wajah lelaki dalam video seks itu tetapi mengenangkan pada bala yang mungkin timbul dari berbagai pendedahan selanjutnya termasuk rahsia di Thailand oleh Eskay.
Ini belum masuk bab Lelaki Y yang sudah dikenalpasti oleh pihak pendakwa dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan.
Keadakannya ibarat gunung berapi yang tunggu masa nak meletup.
Dalam pada itu, insiden budak-budak AMK melakukan provokasi, tidak menghormati masjid dan pengurusannya serta memaki hamun polis yang mengawal keselamatan di situ termasuk ada jemaah sedang bersolat dirempuh – sudah melangkau batasan politik.
Di kaca mata orangramai ia masuk bab agama bila ada mereka sudah memijak kesucian rumah ibadah.

Apa nak buat Kak Wan selama ini dicucuk hidung atas nama setianya seorang isteri.

Begitu juga Kak Wan selama ini kena berlakon untuk mengabui mata rakyat dan penyokong taksub.

Runtuh dunia kalau Kak Wan berani ‘korner baring’ mengaku Anwar buat begitu dan begini atau kata jam Omega tiada dalam simpanan Kak Wan.

Kak Wan boleh memilih terus setia hingga ke akhir hayat kepada Anwar.
 
Ini kerana Kak Wan tidak ada pilihan lain kecuali terpaksa jadi labu-labu pada satu anugerah tuhan yang bakal jadi si luncai yang nak terjun

1 comment:

sgray said...

Wan Ajijah harus sedar,dlam banayak2 kurnia dan anugerah Allah itu terdapat anugerah yang dinamakan 'Istidraj'

Sebagai manusia kita sering
keliru dan leka...maka fikir2kanlah.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive