Wednesday, January 11

Perjuangan Anwar Kotor?.




Datuk Dr Hasan Ali adalah seorang ahli PAS yang tegar dan konsisten dengan perjuangan parti tersebut untuk memartabatkan Islam.Dr Hasan amat sensitif tentang perjuangan survival agenda Islam, bangsa Melayu dan institusi raja di negara ini.Walaupun Dr Hasan menghadapi banyak tekanan ketika menguatkuasakan enakmen jenayah syariah di Selangor, namun beliau tetap komited melaksanakan tugas-tugasnya.
“Saya komen Anwar Ibrahim yang pertama itu soal peribadi..saya tak mahu dia mengheret rakyat ini supaya menjunjung perjuangannya yang saya rasa kotor”, kata Datuk Dr. Hasan Ali mengulas isu pemecatannya dalam keahlian PAS di kediamannya, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, 8 Jan.
“Saya dah ikut daripada tahun 1997 sampai sekarang..satu persatu..saya belajar sampai PHD, satu tahu sistem pengkajian, saya tahu research, saya tahu data, saya tahu mengklasifikasi data..saya tengok data ini reliable(tepat)..tak reliable“Saya terdidik dengan itu..jadi saya nak gunakan ilmu itu untuk melihat apa yang berlaku kepada saudara Anwar Ibrahim”, katanya. 
Katanya berdasarkan pengalaman dan pemerhatiannya, beliau tidak sanggup mendokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim apatah lagi menobatkan Ketua Umum PKR itu sebagai Perdana Menteri.
“Saya tak sanggup saudara..betul-betul saya tak sanggup..tak sanggup saya..saya tak sanggup nak hadir 901..tak sanggup..saya tak sanggup bersama..
“Saya adalah di antara orang PAS yang tidak pernah keluar bersama Anwar Ibrahim untuk memberikan justifikasi kenapa Anwar Ibrahim mesti terus dilonjakkan menjadi Perdana Menteri”, katanya.AIDCNews.

1 comment:

PemikirpolitikJerantut said...

Perjuangan Anwar Memang penuh kekotoran!!

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive