Sunday, February 12

BOM Padang Kota Meletus Lagi?

Inilah Pakcik Halim yang telah disogok untuk memaki hamun Kerajaan Pusat Di Speaker Corner Padang Kota Lama.


Gambaq Jelas bahawa beliau membawa tin minuman Tiger.
amukan anjing dap yang hanya diberi air kencing syaitan
Penceramah memberi  pendapat di Speaker Corner
Pemuda BN memberi ucapan sebagai penerangan yang tepat mengenai apa yang telah dicemuh oleh Pakcik Halim Tiger.
Seorang Brother nie menbuat ucapan yang meghentam pihak Polis dan KDN.

Ucapan Pakcik Halim Mabuk air kencing syaitan Tiger menghentam kerajaan Pusat dan mengagungkan Cauvanis DAP dek kerana telah diberi Upah Air Kencing Syaitan.

Tercetus sedikit perbalahan apabila pakcik Halim kalah berhujah dengan Pemuda UMNO yang hadir.

MKP akan memberi ulasan mengenai pekara ini selepas ini.tunggu

Adam Adli Lari Ke Balai Polis.

Adam Adli lari kebalai Polis selepas dikejar oleh Pemuda Kelang selepas membuat provokasi di Bahagian Itu semalam.

Dimaklumkan dewan lokasi program telah ditawan, digeledah dan dijarah oleh pemuda sebaik sahaja selesai solat Maghrib di Masjid Tok Dagang. Kg Jawa.

Makluman daripada penduduk tempatan; Pemuda UMNO/BN diketuai oleh anak arwah Dato Z yang dikenali sebagai "BOY".

Pemuda UMNO/BN memenuhi setiap ruang dalam dan luar dewan selain berkawal dan mengarahkan orang ramai bersurai di semua jalan masuk menuju ke dewan.Mereka hanya mahukan Adam Adli.

Ceramah kemudiannya dialihkan ke padang berhampiran dan Pemuda UMNO/BN berkawal di kawasan padang tersebut sebaik sahaja mengetahui perubahan lokasi program.

Pemuda UMNO/BN memenuhi ruang di luar pagar Balai Polis Pandamaran. Malah, mereka membentuk laluan sehingga ke hadapan pintu Balai Pandamaran.

Adam Adli lain kali jangan suka membuat kacau ditempat orang inilah padahnya jika masuk rumah tak bagi salam.

KALPAL SINGH aka GODFATHER MULA TEGUR PAS



“DAP tidak bersetuju pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih, Selasa ini,” kata, Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh.

Menurutnya, pendirian Pas tidak boleh dipertahankan kerana sambutan Hari Kekasih diterima umum, dan disambut hampir di semua negara.

“DAP berpendapat pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih, bukan satu langkah yang baik.

“Tindakan Pas adalah sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan.

Malaysia adalah negara mengamalkan prinsip demokrasi,” katanya, di Air Itam, di sini, semalam lapor Sinar Harian.

Karpal berkata, DAP kecewa dengan tindakan Pas, satu parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang menentang sambutan Hari Kekasih setiap tahun.

“DAP menggesa Pas menarik balik pendirian berkenaan sebelum 14 Februari ini,” katanya.

Kelmarin, Dewan Pemuda Pas menghantar memorandum bantahan promosi Hari kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Memorandum itu diserahkan Setiausaha Pemuda Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil kepada Setiausaha Akhbar Menteri, Norazli Noh yang mewakili Rais, di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.

Khairul Faizi berkata, Dewan Pemuda Pas meminta Rais mengambil tindakan memantau dan bertindak sekiranya wujud kempen promosi Hari Kekasih menerusi pengiklanan di televisyen, radio dan akhbar sepanjang bulan ini.

Pada 7 Februari lalu, Pemuda Pas menggesa Kerajaan melancarkan kempen menentang sambutan Hari Kekasih atas alasan ia mempromosikan aktiviti tidak moral.
 
Timbalan Ketuanya, Nik Abduh Nik Aziz berkata, kerajaan perlu menyiarkan iklan anti sambutan itu untuk mencegah umat Islam menyambutnya pada 14 Februari ini.



MKP KATA:Tengok apa pendirian PAS lepas nie setelah ditegur oleh DAP.Ada berani bangkang cakap GoDFather?

PEMIMPIN UMNO REBUT KERUSI PRU13,JANGAN RETORIK???


Pada mulanya malas jugak nak sentuh isu nie,akan tetapi apabila telah mendapat perhatian Tun Daim,MKP memberikan pandangan mengenai isu ini.Apa gunanya berebut kerusi kat Lembah Pantai tue????Rakyat melihat apa Pemimpin buat.Jika sebelum ini Pengarah Media MT UMNO telah memberikan cadangan supaya tidak menghentam Pemimpin UMNO sampai PRU 13 akan tetapi macam nie sikap pemimpin Tunggu Apa Lagi Balun Ajelah janganlah bersikap retorik dalam membuat kenyataan media sedangkan masih ada banyak cara untuk menyelesaikan masalah dalam nie????Pemimpin bercakap akar umbi perlu bersatu akan tetapi Pemimpin tue sendiri!!!!!!
Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin adalah calon paling sesuai untuk merampas balik kerusi Lembah Pantai pada pilihanraya umum akan datang.
 Daim yang jarang memberi komen mengenai politik semasa berkata agak sukar untuk Ketua Wanita Umno Datuk Sharizat Jalil bertanding sekali lagi di Lembah Pantai setelah tewas pada PRU tahun 2008.
 "Saya tidak nampak Shahrizat boleh ke kawasan ini...kerana dia kalah. Kalau kalah, nak cuba lagi...saya ingat susahlah. Itu pandangan saya,” kata beliau di satu majlis anjuran Umno di Lembah Pantai, semalam..
“Sekarang ada ketua bahagian, seorang menteri (Raja Nong Chik). Kalau tidak pilih dia, nak pilih siapa lagi" tambah beliau.
 Daim yang juga bekas Bendahari Umno  berkata peluang untuk merampas kembali kerusi Lembah Pantai memang ada jika ahli-ahli UMNO bersatupadu dan pucuk pimpinan memilih calon yang betul.
PRU 12 menyaksikan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar menewaskan Sharizat untuk merampas kerusi Parlimen Lembah Pantai. Sharizat memperolehi 18,833 undi berbanding Nurul Izzah,  21,728 undi.
 Daim akur peluang BN menang semula kerusi parlimen itu bukan mudah kerana Nurul Izzah adalah seorang yang popular dang memegang jawatan penting dalam  PKR .
Beliau turut menuntut kerajaan supaya menyelesaikan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) untuk mengelakkan pembangkang mempolitikkannya.

Daim juga menggesa ahli Umno sentiasa mengutamakan displin dalam parti yang menurut beliau menjadi faktor penyebab parti itu kalah teruk pada pilihanraya umum lalu.
 “Pada PRU12  kebanyakkan kerusi tumbang bukan kerana parti pembangkang kuat tapi akibat kelemahan kita kerana tidak bersatupadu, Kita kena mengakuinya, kalau kita tidak mengaku, kita tidak akan berjaya selepas ini,” tegas beliau.

Malah, katanya Sharizat sendiri tewas di Lembah Pantai kerana sabotaj dalaman di Umno.

Pandangan Daim sekaligus memberi tekanan kepada Shahrizat untuk melepaskan jawatannya dalam kabinet dan  juga parti, susulan isu NFC dan salahguna pinjaman RM250 juta kerajaan membabitkan suami dan anaknya.
MKP kata:Ketam ajaq anak dia jalan betul. 

Azhar Idrus Kantoi Fitnah RM15K.


Akhirnya kebenaran telah terbukti di pihak ILMU. Abang Azhar Idrus patut merasa malu dengan diri sendiri. Kerana dia, rosak nama pertubuhan Ustaz Se-Malaysia. Mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa. Memfitnah dan menganiaya asatizah lain. Apakah dosa ILMU terdapa Abang Azhar Idrus sehingga dia sanggup memfitnah ILMU sedemikian rupa. Adakah dengan sebab ini, anak murid Abang Azhar Idrus pun berperangai sedemikian rupa. Tapi sampai sekarang dia tak minta maaf. Minta maaf tak menjadikan anda hina wahai Abang Azhar Idrus. Kalau sudah salah, minta la maaf. Dan berusaha tidak mengulanginya semula. Dan hentikanlah sikap anda yang suka menghina, menuduh, memfitnah, mengeji orang lain. Anda adalah seorang Ustaz. Tunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

ANWAR IBRAHIM KAKI KELENTONG DAN MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!!

Saturday, February 11

HEBAT SANGAT KE AZHAR IDRUS NI.


Pihak Jabatan Agama Islam perlu mengambil sedikit perhatian dalam sebaran-sebaran yang di lakukan oleh Azhar Idrus kerana ini mungkin boleh menjurus kearah yang tidak berapa baik. 

Sama juga seperti al-quran cetakan baru, semua ayat dan sebutan akan diteliti sebaik mungkin bagi mengelakkan kekeliruan kepada umat islam. 

Sangkakala tidak mengatakan bahawa Azhar Idrus tidak tahu tentang agama, tapi mungkin pengetahuan agama beliau sama seperti orang lain dan bukan bertaraf seorang guru atau ulamak yang mampu mentafsir segala sunah dan firman bagi mengelakkan kekeliruan. 

Ini kerana buku yang diterbitkan itu berharga serendah RM15 sahaja dan ianya mampu di beli oleh setiap lapisan masyarakat. Apa yang membimbangkan ialah, jika buku ini tidak mengikut seperti mana yang dikehendaki didalam islam dan dibeli serta dibaca oleh anak-anak muda yang ingin atau baru nak mempelajari tentang agama bukankah nanti akan terpesong aqidah mereka hanya kerana kita tidak melakukan apa-apa. Wallahualam.sangkakalajari9

@PDRMsia Pulak Disalahkan Oleh Penyokong MalaysiaKini


Polis pulak salahkan dengan insiden I-City.Yang terbaru ialah pihak polis akan mengambil tindakan ke atas penulis komen yang menimbulkan isu perkauman di Youtube, ekoran video kontroversi pergaduhan di antara pelanggan dan pekerja KFC I-City baru-baru ini.



Kenyataan itu dinyatakan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob. Lihat di bawah :


Pihak polis telah membuat kenyataan rasmi tentang isu ini dan kita akan serahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan.

Tetapi yang menyebabkan MKP menjadi marah (tidak berkata kesat atau provokasi) ialah respons pembaca MalaysiaKini yang sangat biadap terhadap Polis DiRaja Malaysia (PDRM)!! Sangat melampau!

BBC Akan Minta Maaf Siar Program Berbayar Tentang Malaysia



Perbadanan Penyiaran British (BBC) dilaporkan  akan menyiarkan permohonan maaf ke seluruh dunia hari ini kerana telah mencemarkan integriti editorialnya melalui program yang terbabit dalam "skandal penetapan berita" .

Hari ini akhbar Independent di UK melaporkan bahawa BBC World News akan menyiarkan permohonan maaf  bertajuk "dari Kuala Lumpur ke Khartoum" dalam empat slot masa penyiaran.

Skandal terbabit mengaitkan FBC Media (UK) yang telah didedahkan pada tahun lepas kerana telah menghasilkan program-program bagi pihak pelanggan berbayar, untuk membersihkan imej awam mereka.

"Syarikat itu  telah menghasil lapan program untuk BBC mengenai Malaysia tetapi gagal mengisytiharkan bahawa ia telah dibayar £17m oleh kerajaan Malaysia untuk 'komunikasi strategik global'. Program-program tersebut termasuk liputan positif terhadap kontroversi industri minyak sawit Malaysia," lapor Independent.

Menurut laporan itu, siasatan terhadap skandal itu telah "membongkar 15 pelanggaran garispanduan editorial" yang mana lapan daripadanya adalah berkaitan dengan program FBC di Malaysia.

Permohonan maaf itu, menurut laporan itu lagi, akan berbunyi:

"Dalam kes lapan program lain, yang semua memaparkan tentang Malaysia, kami mendapati bahawa syarikat produksi tersebut yang menghasil program berkenaan, nampaknya mempunyai hubungan kewangan dengan kerajaan Malaysia.

"Ini bermakna terdapat potensi konflik kepentingan, walaupun BBC tidak menyedarinya apabila program disiarkan."Antarapos.

HADI DAH MULA MAKI ANWAR?



Selain isu hudud, Pas hari ini menyerlahkan seperkara lagi di mana parti itu bercanggah pendapat dengan parti komponen Pakatan Rakyat – konflik Palestin-Israel, yang sekali gus  meletakkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang silang pendirian dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Dalam blognya hari ini, Presiden Pas itu berkata partinya tidak dapat menerima pengiktirafan Israel sebagai syarat menamatkan kezaliman di Palestin kerana adalah "haram menerima kewujudan negara haram."

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan keselamatan Israel harus dilindungi dengan syarat negara itu mengiktiraf hak-hak rakyat Palestin.
 
Hadi menegaskan pihaknya hanya mengiktiraf satu negara Palestin manakala Israel tidak wujud sama sekali.

Tidak dapat dipastikan kenapa Hadi memilih sekarang untuk menyatakan pendirian parti itu dan tidak jelas setkat ini  kesan kenyataan itu ke atas hubungan Pas dengan parti-parti lain dalam Pakatan.
 
Adalah difahamkan bahawa DAP juga bersetuju terhadap pengiktirafan Israel sekiranya hak rakyat Palestin dilindungi daripada kekejaman Zionis.
Malaysia adalah penyokong utama usaha memartabatkan rakyat Palestin di luar bumi Arab dan telah memberi pelbagai sokongan termasuk bantuan kewangan dan kemanusiaan untuk mengurangkan penderitaan penduduk di situ.
 
Pendirian bercanggah terhadap isu Palestin di antara Anwar dan Hadi membuka jendela untuk mengintip masalah menetapkan dasar-dasar luar negara yang mungkin berlaku sekirannya Pakatan memegang kuasa pada pilihanraya umum ke 13.
 
Sehingga sekarang, Pas, PKR dan DAP gagal untuk menangani isu perlaksanaan hukum hudud yang dituntut oleh Pas. Parti itu Cuma bersetuju dengan DAP dan PKR untuk tidak menjadikannya sebagai sebahagian daripada manifesto bagi menghadapi PRU 13.
 
Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang akur kalangan negara Arab menerima penyelesaian secara mewujudkan dua negara, tetapi menegaskan Palestin bukan hak orang Arab sahaja.

"Palestin adalah hak umat Islam seluruhnya. Kalangan penganut agama Yahudi yang kuat berpegang dengan agama Yahudi menolak wujudnya negara Israel dan menghukumnya dosa besar kerana tindakannya adalah menggali kubur untuk kaum Yahudi  sendiri, yang disedari melakukan jenayah dosa besar, membasahi bumi Palastin dengan darah para anbiya dan ulama yang soleh," katanya lagi.

Hadi berkata, bumi Palestin adalah antara tiga tanah suci bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah.

Menurut Abdul Hadi, negara bernama Israel sebenarnya tidak wujud dalam peta dunia sejak Allah mencipta bumi.

"Negara ini diwujudkan secara haram oleh kuasa besar dunia selepas perang dunia kedua bagi mengotakan Perjanjian Balfore yang melibatkan British yang dibantu oleh Yahudi, sejak Perang Dunia Pertama lagi," kata Hadi.

"Negara ini hukumnya haram mengikut hukum agama dan undang-undang antarabangsa ciptaan manusia.Ini kerana ia merampas daripada penduduk asalnya dan menghalau sebahagian besar daripada mereka," tambah beliau.

Abdul Hadi berkata adalah perkara wajib untuk ummah membebaskan Palestin sepenuhnya dan membela saudara mereka yang dizalimi, dan penerimaan Israel melanggar prinsip itu.
 
"Haram menerima kewujudan negara haram," katanya.AP

MKP KATA BILA PULAK HADI AWANG BAKAL DIPECAT DARI PAS

Pemuda PAS Bela DAPig?

Nampaknya ini yang terlepas pandang oleh Pemuda PAS.

Pemecatan Naib Presiden Pas yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali kerana kelantangannya mempertahankan kesucian dan maruah umat Islam di Selangor membuatkan Jawatan Kuasa Pas Pusat kelihatan seperti mengkhianati perjuangan Islam yang diamanahkan oleh ahli mereka.

kepimpinan Pas sudah bersekongkol dengan DAP dan PKR dua parti sekular, maka tidak hairanlah, keputusan mereka pecat Dr. Hasan pasti dipengaruhi oleh dua parti sekular tersebut. Pas kini boleh dikatakan telah bercampur antara Islam dan sekular.

Pemuda PAS sekarang telah menjadi alat tunggangan DAP dengan membuat laporan polis terhadap Hassan Ali pula,

Dewan Pemuda Pas Pusat hari ini membuat satu laporan polis terhadap Datuk Dr Hasan Mohamed Ali ekoran kenyataan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu, yang didakwa boleh mencetuskan suasana tegang dan mengancam keselamatan negara.
Laporan polis itu merujuk kepada kenyataan Hasan ketika berceramah di Bandar Baru Bangi, 31 Januari lalu.
Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, ucapan itu sangat bahaya dan boleh mengundang ketidakharmonian antara kaum.
"Ia juga satu kenyataan berniat jahat yang cuba menghasut masyarakat membenci Pas serta parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat," kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.
Hasan dilaporkan berkata bahawa apabila Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih tampuk kuasa Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan sebuah negara republik. Pemuda Pas juga mendakwa Hasan berkata DAP akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan menghapuskan elemen-elemen Islam di negara kita.
Hasan dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu.
Raja Ahmad membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.
"Kalau ia tidak benar, dia (Hasan) kena nafikanlah, namun sehingga hari ini belum ada sebarang penafian dari beliau.
"Jadi untuk permulaan kita serah kepada pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan kita telah bersedia untuk mengambil tindakan lanjut selepas itu," kata Raja Ahmad dipetik organ Pas.

VIDEO TALAK GADUH PUNYA!!!!



Ada yang dah sentap dengan Provokasi yang telah dibuat oleh DAP.Kini tampil video baru bagi meredakan apa yang telah menjadi polimik beberapa hari lepas.


Danny Ng ternyata ini video perli sama lu!!!!!!!!!! Lim Lip Eng, pemimpin DAP yang masuk campur mahu menjadi hero memenangkan pelanggan KFC itu. 


VIDEO #AmanKampus :Hargai IbuBapa Ketika Masih Ada?


Ini yang harus diterapkan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi.Buat Semua rakan-rakan sebarkan jika anda mengenali anak kepada Makcik yang tinggal dirumah orang tua ini.Kerjasama anda amat MKP hargai.buat semua  yang masih mempunyai Ibubapa hargailah mereka ketika mereka masih ada.MKP terasa dengan apa yang disampaikan kerana kehilangan Bapa tercinta tahun lepas.Sesungguhnya apabila kita kehilangan sesuatu barulah kita sedar akan nikmatnya.
AL-FATIHAH BUAT ARWAH ABAH.

Friday, February 10

Panglima Perang Dah Mengamuk Yg Lain Dok Lena!!!!!


Tahniah SAM1M Wa salute dekat lu! Tapi mana Pemuda yang lain dalam hal nie.Masih lagi dok peluk bantai mahal kot.Diam bisu tak ada suara keluaq macam pondan...........DAP telah bermain dengan isu perkauman nie,Mana pemuda UMNO yang lain takkan nak guna 3force baru berani nak bersuara kot????Semangat Pemuda dalam membela melayu agak suram dan malap ketika ini.Yang depa tau lawan sesama sendiri.
Pemimpin UMNO di setiap bahagian perlu turun padang dan bertemu dengan ahli bagi menangani sindrom Geng Tolak Bahagian (GTB). 
Ketua Pemuda UMNO negeri, Ir. Shaik Hussein Mydin berkata, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk berbincang dan menyelesaikan masalah tersebut. 
Menurutnya, keadaan sedemikian mungkin wujud disebabkan golongan berkenaan kecewa dengan tindakan atau sikap pemimpin utama bahagian itu sendiri. "Kita tidak boleh sombong dan menunggu GTB datang kepada kita. 
Kita perlu bersemuka dengan mereka. "Pemuda UMNO negeri yakin jika semua pemimpin utama bahagian mempraktikkan sifat pemaaf dan bertoleransi, maka GTB akan bertukar membawa maksud Geng Terima Bahagian," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.  
Semalam, Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya memberi amaran mengenai kewujudan GTB di setiap bahagian. Kumpulan tersebut dianggotai oleh ahli-ahli UMNO sendiri yang cuba memboikot atau mensabotaj bahagian masing-masing jika 'orang mereka' tidak dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum nanti. Pergerakan kumpulan berkenaan kini dikesan di beberapa bahagian di negeri ini. SUMBER:UTUSAN 
Kita tiada masa untuk ini kerana diambang PRU 13 nak suruh buat cam nie apa kejadahnya,Adalah lebih baik pi lawan dengan DAP yang sekarang nie dok banyak main isu perkauman????Tak payahlah nak cerita bahagian lain dalam kain bahagian aku pun sama jugak sampai Chegu Bard masuk dalam rumah sendiri pun depa pukul tak tau!!!!!! Rasanya macam nak dedah aje apa yang jadi lepas nie!!!!!!



Isu KFC, Tgk Apa Nak Jadi Bila Di Bakar2 Sentimen Kaum.. Seorang Pemuda Cina Memaki Pekerja2 KFC Yg Penat Bekerja Melayan Pelanggan Dengan Memaki Dan Menengking Pekerja Tersebut Perkataan "Cibai Punya Melayu" 
Akhirnya Tercetus Pergaduhan, Beberapa Saksi Dlm Restoran Tersebut Juga Mengesahkan Perkara Tersebut Melalui Twitter Juga Di Blog2. 
Kini Ahli Parlimen DAP Terus Pertahankan Pemuda Cina Tersebut Buat Sidang Akbar. Kenapa Pergi Ke DAP Bukan Ke Pihak Polis 
Adakah Ini Satu Mainan Politik Kerana Melayu Kini Berpecah, Siapa Yg Pertahankan Pekerja2 Melayu Tu Pulak, 
Saya Dan Rakan2 SAM1M , Insyallah Akan Pertahankan Pekerja2 Tersebut, Kerana Kebenaran Harus Di Pertahankan Atas Dasar Semangat 1Malaysia Dan Perpaduan Negara Adalah Batu Asas Negara Kita. 
Pada Pekerja2 KFC Tersebut Jika Terbaca Sila Hubungi Pihak Saya, Juga Pada Saksi Kejadian Sila Hubungi Saya Bagi Mencari Keadilan Dan Kebenaran. 
Arman Azha Hj Abu Hanifah, Suara Anak Muda 1Malaysia, SAM1M 

Cikgu Bard Buat Lawak?UMNO Tidak Pecat Ahli Cuma PKR Aje!

ini adalah provokasi murahan yang telah dibuat oleh Chegubard kononnya berceramah dirumah ketua cawangan UMNO Tomoh Tapah.tiada bukti yang disertakan hanya gambaq ini sebagai bukti yang tidak sahih kenyataanya.Jika benar dakwaannya apa salahnya?

UMNO tidak pernah membuang ahlinya seperti PAS dan PKR kecuali melanggar apa yang telah ditetapkan oleh Parti Keramat UMNO. Walaupun mengutuk pemimpin sekali pun.PAS dan pakatan rakyat lebih kejam terhadap ahlinya jika ini dijadikan bahan berita dari pihak yang menyatakan tomahan walaupun bukti yang tidak jelas dan sahih.hanya PKR pecat ahli tanpa bukti yang sahih,berikut adalah laporanya.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengheret partinya sendiri ke mahkamah apabila memfailkan permohonan untuk menghalang tindakan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) daripada membatalkan pendaftaran parti tersebut.

Permohonan itu difailkan oleh Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Kuala Lumpur pada 31 Mei.

Turut difailkan ialah perintah larangan untuk menghalang ROS daripada membuat sebarang tindakan sehingga kes tersebut selesai.

Peguam-peguam PKR N. Surendran, Fadiah Nadwa Fikri, Latheefa Koya dan R. Sivarasa mewakili kes itu dengan menamakan ROS selaku responden.

Berdasarkan alasan permohonan, pemohon mendakwa notis ROS bertarikh 9 Mei lalu agar PKR memberi sebab mengapa pendaftaran parti tidak boleh dibatalkan kerana didakwa memecat seorang ahli, A. Jayagopal secara salah adalah tidak sah kerana perkara tersebut tidak pernah berlaku.

Pemecatan tersebut dilakukan atas alasan Jayagopal telah melanggar pekeliling Setiausaha Agung bertarikh 11 Mac 2009 apabila bertanding selaku calon bebas menentang calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Selambau.

Sementara itu, A Jayagopal mendakwa beliau masih ahli PKR dan kini sebagai Ketua Cawangan PKR Pokok Sena kerana tidak pernah menerima surat pemecatan dari ibu pejabat PKR.

“Parti (PKR) tidak beri surat kepada saya. Mengapa tidak beri surat? Kerana mereka takut jika saya membawa surat itu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Saya terima surat yang ditandatangani bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim pada 2009 yang mengatakan saya bukan ahli PKR.

“Ini surat apa ? Tetapi tidak ada sekeping surat pemecatan dihantar kepada saya, Saya tahu, Dr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden PKR waktu itu buat sidang akhbar memberitahu pemecatan saya tetapi surat tidak diberi kepada saya,” katanya seperti dilapor FMT.


PRU 13!!! " X Faktor" Perlu DiTonjolkan Oleh BN.



Sejak Mac 2008, keperluan, kemahuan dan pemikiran umum sudah jauh berubah; sama ada berubah dengan inisiatif sendiri, diubah oleh permainan politik pelbagai pihak atau oleh desakan persekitaran. Kegelisahan semasa turut melahirkan persoalan, apakah kesediaan parti dan aktor politik juga sudah berubah untuk memenuhi bukan tuntutan tetapi keperluan sedemikian rupa dalam alam baru ini.

Faktor utama yang harus menjadi tumpuan adalah siapakah yang dimahukan sebagai Perdana Menteri memandangkan kalau dipanjangkan ke bawah sekalipun, hari ini tumpuan diberikan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak ataupun Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penginstitusian ke atas legitimasi @keabsahan politik mesti menjadi asas dalam PRU akan datang. Indikator populariti Najib jika diperhebatkan mampu membawa perubahan tetapi apakah sudah distrategikan sedemikian rupa kempen parti komponen sebagaimana yang sedang dilakukan oleh barisan pembangkang yang masih bertanggapan Anwar bukan liabiliti mereka.

Walaupun begitu, isu perlu dihalusi termasuk isu kepartian seperti calon dan jentera; di peringkat nasional dan lokal seperti NFC, Felda, Teoh Beng Hock, kepimpinan Najib, Anwar, SBPA 2012, Port Klang Free Trade Zone (PKFZ), rasuah, jenayah, kenaikan harga barang, konsep 1Malaysia, inflasi, pendapatan, wanita, kebebasan beragama, kos kehidupan, pendidikan, BR1M, kesemua pelan transformasi, Buku Jingga, kemiskinan, kebajikan, kemudahan prasarana tempatan dan peluang saksama yang menjamin keadilan sosial merentasi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Beberapa personaliti juga digunakan oleh kedua-dua gabungan besar untuk meraih sokongan termasuklah karisma Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah, Raja Petra Kamaruddin, Ibrahim Ali, Ambiga, A. Samad Said, 'Aunty Bersih' dan tokoh-tokoh daripada sesebuah parti dan dibawa ke parti lain tanpa mengira pangkat dan kedudukan tetapi dianggap memberi impak dalam persekitaran politik semasa.

Ada juga yang bersifat bermuka-muka dalam politik dengan 'makan' di kedua-duanya, baik di BN mahupun barisan pembangkang. Di depan penyokong tertentu, tokoh ini menyokong tetapi di belakang menyalin baju dan tukar prinsip semata-mata untuk survivalitas dalam politik.

Permainan politik hari ini juga melihat kehadiran badan bukan kerajaan (NGO) dan parti serpihan yang dianggap mahu menjadi 'kuasa ketiga' tetapi ketiadaan struktur yang tersusun dan guna tenaga secukupnya mungkin memerlukan lebih masa bagi mereka untuk memain peranan signifikan.

NGO yang lazimnya popular dalam kalangan kelas atasan dan menengah kini meresap perlahan-lahan ke peringkat bawahan dan ia juga masih bergantung kepada literatur politik yang lebih besar untuk merealisasikan nilai perjuangan masing-masing untuk difahami mudah oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Media sosial yang memain peranan dominan dalam PRU lepas akan terus menjadi mainan politik PRU akan datang. Barangkali persoalan yang perlu dijawab adalah - Sudahkah membina 'kepercayaan' daripada berita yang disiar dan diperdebatkan tanpa batasan moral dan secara berhemah? Berita portal masih didominasi oleh portal yang melihat dari lensa berbeza daripada media arus perdana walaupun blog kelihatan penguasaan oleh mereka yang berpihak kepada BN.

Banyak andaian dan spekulasi dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk kedudukan di kawasan yang dimenangi dengan majoriti yang sedikit sehingga kepada 'safe deposit' dan percaturan berbeza mengikut kawasan yang berlatar belakangkan etnik berbeza.

Pengundi muda dilihat mempamer indikator tidak pasti iaitu masih melihat dan memerhati sebagaimana pengundi atas pagar apatah lagi statistik undi rosak, tidak keluar mengundi dan tidak mendaftar masih besar jurangnya. Apa sebenarnya kemahuan kelompok ini?

Sudahkah parti politik kenal pasti terutama di kawasan bandar kerana rata-rata pengundi bandar dikatakan anti-establishment. Kenapa kemenangan Tan Sri Isa Samad di Bagan Pinang tidak dijadikan motivasi kerana kemampuan mendapat undi daripada pelbagai etnik dan kumpulan sasar berbeza, walaupun pernah diheret keluar daripada parti tetapi kembali dalam perjuangan politik beliau.

Pola pengundian latar etnik berbeza akan mempunyai kepentingan sendiri dan sehingga ke hari ini pengundi Cina dikatakan sudah membuat keputusan dalam pemangkahan mereka tetapi adakah ini 'luar biasa'. Bagaimana dengan pengundi Melayu, India, Iban, Kadazan, Bidayuh, Murut, Melanau dan lain-lain?

Apakah pengundi luar bandar masih setia ataupun pengundi bandar setianya berbeza? Mampukah BN pertahankan sekurang-kurangnya majoriti yang dimenangi dalam PRU lepas atau PRU Mac 2008 merupakan kemuncak barisan pembangkang akan dapat diketahui tidak lama lagi.

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive