Lim Guan Eng dah risau dan meracau didalam ceramahnya pada Konsert #UbahRocketStyle semalam dan mempertikaikan bantuan itu sebagai gula-gula pilihanraya BN pada PRU-13...
Pakatan Rakyat (PR) dan BN mengakui faktor BR1M akan memancing undi untuk golongan pengundi luar bandar, serta mengukuhkan sokongan pengundi tetap BN.BR1M akan memberikan impak multipler, bukan sahaja kepada ekonomi, tetapi turut diistilahkan di dalam undi.
Penerimanya adalah golongan miskin tegar dan miskin bandar, sudah pasti ia akan meraih undi.Lebih 2.3 juta permohonan diterima untuk BR1M 2.0 pada 17 Disember, dengan lebih 1.6 juta untuk penerima bujang dan 720,000 isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan layak menerima RM500 wang tunai.
Bagi penerima bujang, mereka di bawah umur 21 tahun dan berpendapatan bawah RM2,000 sebulan layak menerima RM250 wang tunai.
BR1M 2.0 dijangka akan memberikan manfaat kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 kumpulan bujang berbanding 4.2 juta penerima BR1M pertama tahun lalu.
No comments:
Post a Comment