Monday, July 4

Baru 2,000 Lim Guan Eng Sudah Macam “Kera Kena Belacan”

Baru tak sampai 2000 orang berdemonstrasi di Komtar, Pulau Pinang baru-baru ini Ketua Menteri paling rasis, Lim Guan Eng sudah terlompat-lompat macam “kera kena belacan”.
Lagaknya Lim Guan Eng sebelum ini bukan main…. Lim Guan Eng macam ayam jantan mengatakan demonstrasi Bersih mesti dibenarkan, ia selaras dengan kebebasan bersuara, ia melambangkan demokrasi maka Lim Guan Eng pun menyokong penuh demonstrasi Bersih pada 9 Julai ini.
Mungkin bagi menyahut lagak Lim Guan Eng ini maka rakyat Pulau Pinang mengadakan demonstrasi di pejabatnya yang dihadiri lebih kurang 2000 orang dan ada sekumpulan lebih kurang 30 anak muda berdemonstrasi di Jambatan Pulau Pinang.
Memang pelik bin ajaib, Lim Guan Eng melompat tak tentu pasal kononnya kata beliau demonstrasi ini bertujuan untuk mensabotaj ekonomi  dan pentadbirannya.
Telatah Lim Guan Eng ini membuktikan bahawa beliau bukan saja Ketua Menteri paling rasis tetapi lidah bercabang dan paling bahalol sekali.
Kalau dia mendakwa 2000 orang yang berdemonstrasi di Komtar baru-baru ini sebagai usaha mensabotaj ekonomi negeri bagaimana pula niat Bersih nak kumpulkan 300,000 orang berdemonstrasi di Kuala Lumpur.  Itu bukan sabotaj ke?
Nampaknya Lim Guan Eng selepas ini bolehlah mencari beberapa lagi rakannya untuk menubuhkan kumpulan lawak dan menyertai program Raja Lawak.
Untuk menutup malu atas ketakutannya terhadap demonstrasi di Pulau Pinang baru-baru ini, Lim Guan Eng cuba mengalihkan isu mendakwa ia didalangi oleh UMNO.
Bak kata Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman… kalau UMNO yang buat bukan takat 2000 tapi puluhan ribu akan hadir untuk berdemonstrasi… kalaulah puluhan ribu digerakkan UMNO untuk berdemonstrasi mungkin Lim Guan Eng akan pakai lampin pakai buang kerana terkencing-kencing ketakutan.
Yang nyatanya apa yang diperlihatkan Lim Guan Eng ini tidak lebih sekadar mengesahkan lagi bahawa lidahnya bercabang dua….

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive