Ahli UMNO harus berubah demi Parti Keramat UMNO.Tranfomasi yang telah dicadangkan oleh pucuk pimpinan akan tetapi politik dalaman haruslah dipandang serius oleh oleh setiap ahli dari peringkat cawangan hinggalah keperingkat Bahagian,sebagai ahli akar umbi MKP merasa tempiasnya apabila POLITIK DALAMAN yang dimainkan oleh rakan-rakan seperjuangan dengan Agenda mereka tersendiri, Pebalahan ini tidak memberikan manafaat kepada sesiapa pun musuh kita bukanlah orang UMNO itu sendiri akan tetapi pihak lawan seperti yang berlaku di Pulau-Pinang Musuh utama kita adalah DAP bukanlah sesama kita.Tujuan kita hanyalah satu mengembalikan Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP kepada BARISAN NASIONAL.Jika masaalah yang kecil diperbesarkan akan merebaklah menjadi luka yang tidak dapat disembuhkan.Apakah salahnya bersemuka dan berbincang.bukanlah mengeruhkan lagi keadaan dan menceritakan Pekung masing-masing.Sifat iri hati serta berdendam ini tidak menguntungkan sesiapa.Jika Jawatan yang dikejar tanpa usaha yang gigih tidak akan bertahan lama.Apalah maknanya jika bahagian kita tidak menang pilihanraya.Ayuh kita bermuzakarah demi alif,ba dan ta.
PEKAN: Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan ahli Umno agar berpegang kepada tiga prinsip transformasi politik iaitu calon yang boleh menang, sifar masalah dalaman dan bersikap inklusif dalam usaha mencapai kejayaan pada pilihan raya umum akan datang.
Perdana Menteri berkata setiap ahli Umno perlu menyokong pemilihan calon yang boleh menang kerana ia dibuat secara objektif dan berlandaskan pilihanrakyat.
"Saya tidak ada orang nak dikatakan anak emas, anak perak atau gangsa. Saya cuma ada keluarga dan rakan seperjuangan dan saya tetap hargai rakan... apakan daya kalau gagal dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditentukan dan katalah kalau nak dipilih, KPI mestilah dipenuhi dan ia di tangan pengundi," katanya dalam ucapan penangguhan persidangan perwakilan Umno bahagian Pekan di sini, Ahad.
Beliau berkata Umno juga perlu menjurus kepada sifar masalah dalaman yang boleh menjadi duri dalam daging kepada parti itu.
Katanya mereka yang tidak terpilih sebagai calon atau tidak mendapat sesuatu yang diidamkan sepatutnya tidak berasa kecil hati sebaliknyamenterjemahkan sokongan kepada calon pilihan parti.
"Janganlah disebabkan tidak dapat sesuatu, kita rasa tawar hati dan buat sesuatu yang boleh merugikan parti," katanya.
Selain itu, Najib berkata anggota Umno perlu bersikap inklusif denganmemberikan perhatian kepada semua rakyat dan bukannya terhadap ahli Umno sahaja. "Sebagai contoh di Pekan, 42 peratus pengundi merupakan ahli Umno dan kalausetiap ahli keluar mengundi sekalipun, ia masih tidak cukup untuk menang... kita perlukan setiap pengundi," katanya.
Katanya anggota Umno perlu bersikap adil, berbudi, berhemah dan bersikap rendah diri demi memenangi hati rakyat. - BERNAMA
MKP kata kalau depa tepuk gendang bagilah depa menari sendiri,buat perangai macam budak tadika pun tiada maknanya.
No comments:
Post a Comment