Monday, January 21

MAT SABU UGUT MAHU BERDEMO JIKA BN MENANG PILIHANRAYA.......?


Pakatan pembangkang mengugut untuk turun berdemonstrasi sekiranya mendapati berlakunya penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

 Memetik laporan Harakahdaily, Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Rawang pada Sabtu menyifatkan rakyat yang keluar ke jalan raya tidak akan pulang selagi kerajaan yang dilantik melalui 'penipuan' selepas PRU13 enggan berundur. "Kita janji, jika kerajaan tak turun, kita tidak akan pulang," katanya ketika memberikan ceramah di tapak Uptown, Bandar Tasik Puteri baru-baru ini.

 Pada perhimpunan anjuran gabungan pembangkang di ibu negara 12 Januari lalu, lebih 40,000 orang penyokong membanjiri Stadium Merdeka sebagai simbol gesaan pembangkang agar kerajaan menunaikan 10 tuntutan. Antara tuntutan termasuk mendesak pilihan raya bersih dan adil, tuntutan royalti minyak di Kelantan, dan menutup kilang Lynas di Gebeng.

 Pembangkang sebelum ini telah mengadakan beberapa siri perhimpunan termasuk BERSIH, mansuh ISA, dan demo air yang kesemuanya berakhir dengan kekecohan termasuk rakyat yang cedera. Sehubungan dengan itu bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam, kerajaan telah mewujudkan undang-undang Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 yang membenarkan rakyat untuk berhimpun tanpa senjata.

 Dalam pada itu Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Haron yang dipetik Sinar Harian berkata, Mohamad cuba mengelirukan rakyat dengan mengatur pelbagai rancangan untuk mengalakkan rakyat turun ke jalanan dan berdemonstrasi.

 Menurut beliau Pakatan Rakyat kini telah kekeringan isu untuk dimainkan menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi. “Mat Sabu cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai provokasi dan sengaja memutar belitkan fakta. Secara peribadi, saya merasakan pembangkang sudah tiada isu yang mahu dimainkan menjelang PRU13,” katanya. Menurut Idris, sekiranya perhimpunan itu diteruskan, maka Barisan Nasional (BN) turut akan turun berhimpun.

1 comment:

Hello Abang said...

Kalau Mah tak bagi Abang Mat tak mau balik.

Bau Mah tengit tak macam bau PRU13 hangit.

Sebenarnya Abang Mat tak suka duduk dekat Abang Non tu, dia bau hamis maklumlah banyak makan bawang putih.

Sebab tu dok tergaru-garu.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive