Yang terakhir ini paling menarik – pakej bulan madu ke Hawaii, Amerika Syarikat bernilai lebih RM 1 juta juga!! Wah, untungnya badan.
Dahlah lambat kahwin, dapat pakej bulan madu ke Hawai. Khabarnya guna pesawat Korean Airlines, transit dari Incheon ke Honolulu sebab tidak ada penerbangan terus dari Malaysia untuk ke Hawai.
Apa yang telah diputarbelitkan pihak media tukang angkat najis serta mencuci dosa anwar serta sekutunya nampaknya kantoi kali ini.Pekara ini telah pun dijangka dan akan menjadi tomahan pihak pembangkang hanya kerana kehadiran PM serta Isterinya...
Kita tentu tidak percaya dengan tuduhan terbaru yang dilemparkan terhadap Ummi. Tambahan pula, suami beliau adalah seorang pakar dermatologist dan sebagai seorang doktor, MKP boleh agak pendapatan bulanan suami Ummi yang boleh mencecah puluhan ribu ringgit.
Maka, tidak ada masaalahnya untuk pasangan tersebut mengadakan upacara perkahwinan yang grand.
Pasangan ini mula terpaut antara satu sama lain ketika Ummi Hafilda berkunjung ke klinik Dr Zaman untuk mendapat suntikan Vitamin C.
Berikut adalah kronologi yang berlaku pada majlis tersebut..........
Tetamu ‘tercuit’ apabila Didie Alias dan Farouk Hussin yang bertindak sebagai pengacara majlis mengusik pengantin lelaki yang disifatkan telah ‘menyuntik’ hati pesakitnya dalam diam sehingga membawa mereka ke jinjang pelamin.
Artis dan selebriti lain yang hadir termasuk Betty Benafe, Nash, Datuk D.J Dave, Zed Zaidi dan Aznah Hamid.
Ummi Hafilda terpikat dengan suaminya yang merupakan warga Pakistan kerana pandai mengambil hati orang tua terutama ibunya.
Mereka bernikah di Pakistan, minggu lalu.
Mereka sebelum ini dilaporkan akan berbulan madu di Eropah, namun berhasrat menangguhkan niat tersebut kerana Ummi Hafilda mahu memberi tumpuan terhadap kempen pilihan raya umum nanti.
Ummi Hafilda adalah adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan kakak kepada artis Azwan Ali.
Bagimanapun, Azmin dan Azwan tidak kelihatan pada majlis ini.
Satu lagi pembohongan media pro-pembangkang yang amat memalukan!
2 comments:
Ummi harus berwaspada dan berhati hati, mungkin pasangannya dibayar untuk kahwinnya kerana hendak tahu rahsia atau kepentinganan lain yang mengunutungkan musuh musuhnya.
anon 8.24 juga patut curiga dengan pasangan sendiri. manalah tahu dalam makanan ada 'mandram'.
Post a Comment